14 Mei 2010

Tip Hari Ini - Tip penjimatan elektrik II

21.Cuci pakaian dalam muatan penuh. Pastikan aras air di set pada aras yang betul.

22.Sentiasa gunakan air sejuk untuk mencuci pakaian, air panas hanya perlu digunakan untuk pakaian yang terlalu kotor sahaja.

23.Elakkan penggunaan pengering pada hari yang cerah, kita dikurniakan dengan cahaya matahari yang banyak. Ultraviolet daripada cahaya matahari membunuh kuman.

24.Lampu floresen kompak menggunakan 75% tenaga kurang daripada lampu floresen biasa dan mempunyai jangka hayat 10 kali juga. Penukaran kepada lampu ini, menjimatkan tenaga juga.

25.Tutup lampu dan peralatan elektrik apabila bilik atau kawasan tertentu tidak digunakan.

26.Bersihkan lampu dengan kerap. Lapisan habuk boleh melitupi sehingga 50% pengeluaran tenaga.

27.Warna yang cerah memantul lebih banyak cahaya. Merancang perhiasan dalaman rumah dan pejabat boleh membantu penjimatan tenaga.

28.Keluarkan plug bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan. Kebanyakan peralatan ini, terutamanya komputer, TV dan VCR mengambil tenaga elektrik walaupun suisnya telah ditutup.

29.Jika dinding di rumah atau pejabat tidak di tebat, gunakan perkakas berat seperti rak-rak buku, dan sofa untuk diletakkan sekitar kawasan ini. Ini akan membantu mencegah kemasukan haba daripada luar dan kehilangan kesejukan dari dalam bangunan.

30.Jika anda keluar dari rumah untuk jangkamasa yang panjang, pastikan untuk menutup semua perkakas elektrik yang boleh di tutup.

31.Melabur kepada alat yang Cekap Tenaga memang bermanfaat. Terdapat kes-kes di mana, duit yang dijimatkan melalui penjimatan kos tenaga dapat memulangkan kos malbur dalam beberapa tahun.

32.Sila baca Label Panduan Tenaga dengan betul, pastikan anda membanding alatan yang setara. Penggunaan tenaga mempunyai perbezaan yang besar dalam jenama yang sama. Jangan tertipu dengan jualan murah dan janji daripada promoter.

33.Beli peralatan yang sesuai untuk keluarga adalah penting. Pembelian yang lampau akan menyebabkan pembaziran wang dan juga penggunaan tenaga.

34.Jika peralatan elektrik melebihi 10 – 15 tahun, praktikkan penukaran semula kepada peralatan baru yang cekap tenaga.

35.Pastikan logo “EnergyStar" ada pada peralatan cekap tenaga. Ini menunjukkan persijilan daripada pihak-pihak kerajaan atau pensijilan menbuktikan peralatan ini menggunakan tenaga elektrik secara cekap.

36.Jangan lupa untuk bertanyakan tentang jaminan, maklumat servis, penghantaran, dan kos pemasangan.

37.Pastikan anda memilih penjual yang bereputasi dan perpengalaman. Penjual yang baik boleh membantu anda untuk mengira pejimatan tenaga dan jangkamasa pulangan. Pada masa yang sama dapat memberikan pilihan yang banyak.

38.Pastikan anda sedar akan hak anda untk mendapatkan pengetahuan tentang produk. Peralatan yang rosak patut diganti (pastikan kad jaminan di simpan).

39.Dalam mempraktikkan hak anda, jika pemborong atau penjual gagal untuk memberikan tuntutan anda, sila laporkan kepada Pusat Aduan Pengguna Nasional (NCCC). (layari 
http://www.nccc.org.my atau panggil +603-7877900)


40. Lakukan audit tenaga di rumah. Ini dapat menjamin sistem pendawaian yang betul di rumah dan pejabat.



(SUMBER: http://www.kkk.org.my )

0 komen:

Catat Ulasan