07 Mei 2010

Hak untuk mendapatkan ganti rugi


             Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.

            Ini bermakna, pengguna adalah berhak mendapat gantirugi disebabkan maklumat yang mengelirukan atau barang-barang yang bermutu rendah atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.

           Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.

          Sebagai seorang pengguna yang bijak kita haruslah sentiasa berwaspada semasa membeli barangan atau perkhidmatan supaya tidak terpedaya. Pengguna boleh mendapat ganti rugi daripada penjual jika barangan atau perkhidmatan yang dibeli tidak memuaskan atau menimbulkan keraguan. Ganti rugi boleh dalam pelbagai bentuk, bergantung kepada penjual, seperti barangan yang baru, wang Ringgit, baucer, pampasan dan sebagainya. Contoh yang paling jelas dan terkini ialah Toyota yang memanggil balik pemilik keretanya yang bermasalah untuk mendapat ganti rugi dengan membaiki kereta pemilik Toyota yang bermasalah dengan percuma. 

0 komen:

Catat Ulasan