10 Mei 2010

Prinsip-prinsip pengguna yang bijak

1. Membeli barangan yang berkualiti 
Ingat, barangan yang  berharga tinggi tidak semestinya menjamin kualitinya, sebaliknya barangan yang murah juga berkualiti. Oleh itu, apabila mengunjung ke pusat membeli-belah, pastikan barangan yang dibeli adalah berkualiti dan berpatutan.

2. Membuat perbandingan harga 
menilai semula dan membuat perbandingan harga di beberapa tempat meningkatkan nilai sesuatu produk yang dibeli. Bacalah risalah-risalah dan katalog harga yang diedarkan sebelum membuat keputusan di mana pembelian patut dibuat. Jangan terdorong membeli barangan melebihi keperluan, walaupun murah. Ingat, beli apa yang perlu dan bukannya apa yang murah.

3. Memilih perkhidmatan terbaik 
Perkhidmatan yang murah biasanya tidak memuaskan hati pengguna dan boleh menyebabkan pengeluaran kos yang lebih tinggi pada akhirnya. Jangan menerima perkhidmatan yang tidak memuaskan, sebaliknya buatlah aduan dan carilah alternatif.

4. Membuat pilihan tepat Pengguna berhak diberi kebebasan untuk membuat pilihan berdasarkan maklumat produk yang dipaparkan dan mengikut citarasa, kemampuan dan keperluan. Setiap pengguna perlu biasakan diri membaca maklumat produk yang dipaparkan, terutamanya perihal ramuan, pengeluar dan tarikh tempoh tamat. Adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk mengambil tahu maklumat barang yang hendak dibeli.

0 komen:

Catat Ulasan