08 Mei 2010

Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat

             Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.

          Memang tidak dapat dinafikan bahawa bumi kita kian tercemar dengan pelbagai jenis pencemar. Isu pencemaran bukan lagi perkara baru pada masa kini. Sekarang, isu bumi hijau pula menjadi topik perbincangan yang paling hangat. Bumi hijau merupakan satu usaha penduduk bumi untuk menyelamatkan bumi daripada diancam kemusnahan akibat manusia yang tidak bertanggungjawad. 

          Oleh itu, sebagai seorang pengguna yang berakal, kita adalah bertanggungjawad dalam menjaga keharmonian alam bumi. Pihak pengeluar dan pengguna adalah bertanggungjawad secara langsung dalam menjaga keamanan bumi. Pengeluar perlulah mengurangkan pengunaan bahan-bahan kimia yang boleh membehayakan bvumi dan manusia. Pengeluar juga perlu mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan semasa mengeluarkan barangan kepada pengguna. Para pengguna pula boleh melaksanakan kempen-kempen seperti kempen kitar semula, kempen satu orang satu pokok, kempen bulan tiada beg plastik dan sebagainya.


0 komen:

Catat Ulasan