07 Mei 2010

Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna

               Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.

            Hak untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan di dalam hal-hal kepenggunaan supaya menjadi pengguna yang berilmu dan bermaklumat. Pengguna adalah berhak dan bertanggungjawab mendapatkan pendidikan pengguna supaya boleh bertindak sebagai pengguna yang baik. Tanggungjawab ini dilaksanakan oleh pihak berkuasa, pertubuhan-pertubuhan pengguna dan pengeluar barang-barang dan perkhidmatan atau para penjual yang menjadi agen mereka.

        Jika anda seorang pelajar, adakah anda menjadi ahli Kelab Pengguna di sekolah anda ?
Jika tidak, daftarlah menjadi ahli sekarang !

0 komen:

Catat Ulasan