28 Mei 2010

Tip Hari Ini - Hati-hati semasa membeli telefon bimbit



Telefon bimbit telah menjadi alat komunikasi yang terpenting pada masa kini, hampir setiap orang memiliki sebuah atau 2 telefon bimbit. Tetapi tahukah anda ? Bahawa baru-baru ini terdapat kes-kes ejen enggan membaiki telefon bimbit yang rosak walaupun belum tamat tempoh waranti. Oleh itu, pennguna harus berhati-hati semasa membeli telefon bimbit, terutamanya telefon yang canggih. Berikut merupakan petikan berita daripada BERNAMA. 






PETALING JAYA 2 Mei - Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mengingatkan pengguna supaya berhati-hati apabila membeli telefon bimbit canggih berikutan semakin banyak aduan diterima mengenai ejen yang enggan bertanggungjawab walaupun produk masih dalam tempoh waranti.

              Setiausaha Agungnya, Muhammad Shaani Abdullah berkata, dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, Pusat Aduan Pengguna Kebangsaan Fomca (NCCC) menerima 124 aduan daripada pelanggan yang ejen enggan membaiki telefon mereka walaupun masih dalam tempoh waranti.

            "Trend ini membimbangkan dan pengguna perlu berhati-hati apabila membeli telefon bimbit," katanya.




              Beliau berkata, keadaan itu timbul kerana syarikat pengeluar tidak peduli siapa yang menjual produk mereka - ejen dilantik atau tidak dilantik - asalkan 
mereka meningkatkan jualan.

              "Dalam keadaan sebegitu, banyak ejen yang tidak dilantik menjual set telefon bimbit dengan harga lebih murah kerana mereka tidak perlu mematuhi syarat waranti," katanya.

              Muhammad Shaani menggesa syarikat pengeluar telefon bimbit supaya lebih beretika dan hanya berurusan dengan ejen yang dilantik syarikat bagi menjaga kepentingan pengguna.

            Pengguna juga sepatutnya hanya berurusan dengan ejen yang dilantik syarikat sahaja. - BERNAMA

0 komen:

Catat Ulasan