06 Mei 2010

Hak untuk membuat pilihan

              Hak untuk membuat pilihan barangan dan perkhidmatan dengan harga perpatutan dan jaminan kualiti yang memuaskan.

             Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan adalah memuaskan dengan harga yang berpatutan.

            Pengguna adalah berhak diberi peluang memilih barang-barang atau perkhidmatan pada harga yang berpatutan dan mutu yang memuaskan setiap kali pengguna membeli barangan atau perkhidmatan, maka ia adalah mengikat kontrak dengan penjualnya. Dalam hal ini tanggungjawab pengguna hanyalah perlu memilih barangan atau perkhidmatan yang diingini dan membayar yang ditetapkan oleh penjual untuk mendapatkannya.

           Pengguna yang bijak akan membuat perbandingan harga, mutu, dan kualiti sesuatu barangan atau perkhidmatan sebelum membelinya. Oleh itu pengguna perlulah bijak untuk membuat perbandingan produk. Selain perbandingan produkperbandingan harga juga penting supaya pengguna mendapat barangan dengan harga yang berpatutan. 

          Lamanweb untuk perbandingan produk
  


http://www.smartconsumer.my/index.php?option=com_content&view=article&id=223:perbandingan-produk&catid=59:perbandingan-produk&Itemid=44


        
Lamanweb untuk perbandingan harga
 



http://pricewatch.kpdnkk.gov.my/pricewatch/pricewatch.php

0 komen:

Catat Ulasan