10 Mei 2010

Pengguna Lestari

Apakah yang dimaksudkan dengan pengguna lestari ?

Pengguna lestari ialah pengguna yang menggunakan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan asas ke arah mencapai kualiti hidup yang lebih baik, pada masa yang sama meminimumkan penggunaan sumber asli, bahan toksik dan pengeluaran bahan pencemar supaya tidak menggugat keperluan generasi akan datang.
Ciri-ciri utama penggunaan lestari 

  • Menggalakkan berbelanja dengan berhemat.
  • Menjimatkan penggunaan sumber seperti air dan tenaga.
  • Penggunaan sumber tenaga yang tidak menyebabkan impak negatif kepada alam sekitar.
  • Penggunaan teknologi yang bersih.
  • Mengadakan alternatif kepada sumber-sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti petroleum dan arang batu.

Kepentingan Penggunaan Lestari :


  • Kunci kepada keperluan untuk mempengaruhi corak dan perlakuan pengguna dan pengeluar kepada penggunaan lestari dan seterusnya bagi mewujudkan masyarakat dan ekonomi yang lestari.
  • Pengguna yang bijak akan berfikiran kritikal dalam menentukan corak perbelanjaan mereka dan ini akan mengurangkan impak atau kesan terhadap alam sekitar dari aspek penggunaan sumber dan kualiti alam sekitar.
  • Memberi peluang kepada generasi akan datang untuk mendapatkan keperluan asas mereka dengan mudah.
  • Mengamalkan pendekatan yang lebih lestari dalam pengeluaran barangan untuk kekal bersaing dalam pasaran dengan mempraktikkan kaedah pengeluaran dan pengedaran lestari (sustainable production and distribution).
    Sumber dari : www.smartconsumer.my

    0 komen:

    Catat Ulasan