07 Mei 2010

Hak untuk bersuara


            Pengguna berhak untuk menyuarakan pendapat secara individu atau berwakil supaya suara mereka didengari dan diambil kira dalam penggubalan dasar kerajaan. Pengguna juga berhak untuk menyuarakan rasa tidak puas hati jika mendapat barangan yang tidak bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.

           Ini adalah untuk memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.

           Ini bermakna pengguna adalah berhak untuk menyuarakan pendapat apabila tidak berpuashati terhadap barangan atau perkhidmatan yang diperolehi iaitu tidak mendapat layanan yang sewajarnya. Apabila pengguna membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan bererti pengguna dan penjual telah mengikat sesuatu kontrak. Mengikut kontrak tersebut barang yang dibeli mestilah sempurna untuk kegunaannya atau seperti yang dinyatakan oleh penjual.

0 komen:

Catat Ulasan