21 Mei 2010

Tip Hari Ini - Kitar semula dengan 3R II

Kita teruskan tip hari ini dengan R yang kedua iaitu :
Reuse – Guna Semula

1.Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan barangan di rumah.


2.Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan alamat baru di atas alamat lama. Ia juga boleh digunakan sebagai kertas skrap.


3.Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.


4.Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan barangan di rumah. Kertas yang telah digunakan boleh dijadikan kertas conteng. Jangan lupa kitar semula jika tidak boleh digunakan lagi.


5.Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca.


6.Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan. Jangan membakar kayu-kayu ini. Pembakaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang.


7.Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar semula.

0 komen:

Catat Ulasan