06 Mei 2010

Hak untuk mendapatkan maklumat

              Hak untuk dilindungi daripada iklan atu label yang mengelirukan, tidak jujur atau menyeleweng dan hak untuk mendapatkan fakta dan maklumat yang diperlukan untuk membuat pilihan yang tepat.

             Ini bermakna pengguna adalah berhak mendapatkan maklumat maklumat yang jelas mengenai kegunaan, bahan-bahan yang terkandung dan cara perniagaan barang atau perkhidmatan. Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

             Oleh itu, pengguna perlulah sentiasa berhati-hati dalam proses membeli barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan menerusi pelbagai medium, seperti iklan surat khabar, iklan majalah, iklan televisyen, dan sebagainya.

            Selain itu, sebelum pengguna membeli barangan  dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh penjual, pengguna hendaklah memperoleh maklumat-maklumat tambahan tentang produk yang hendak dibeli.

           Maklumat-maklumat tambahan ini dapat diperolehi menerusi beberapa sumber di bawah seperti 


  1. Label barangan tersebut 
  2. Media massa
  3. Perpustakaan
  4. Internet
  5. Kerajaan 
  6. Pengiklanan 
  7. Sumber orang lain (iaitu pendapat daripada pengguna yang telah mencuba atau mengunakan produk yang ditawarkan)
  8. Organisasi berkaitan, persatuan pengguna, dan syarikat yang membuat ujian
 


Sumber-sumber maklumat ini adalah penting untuk seorang pengguna sebelum pengguna mengambil keputusan untuk membeli barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan. 

0 komen:

Catat Ulasan