12 Mei 2010

Tip Hari Ini - Tip menjimatkan penggunaan sumber




Sebagai seorang pengguna yang bertanggungjawad, kita haruslah mengamalkan beberapa gaya hidup  yang mengurangkan penggunaan sumber, kerana  dunia kita kian kehausan sumber. Selamatkanlah bumi daripada kehausan sumber !
Jadilah seorang pengguna yang bertanggungjawad  !




1. 
Amalkan sikap mengurangkan, menggunakan semula dan kitar semula barangan (Reduce, reuse, recycle).


      2. Gunakan peralatan jimat elektrik dan berstatus "Energy Save".


3. 
Tutup suis lampu dan peralatan elektrik lain jika tidak digunakan.


4. 
Tutup semua suis dan cabut plug bagi barangan elektrik yang tidak digunakan, ini kerana walaupun peralatan tersebut telah ditutup (off), masih terdapat sedikit tenaga elektrik yang masih mengalir atau sedang digunakan.

5. 
Guna alat pendingin hawa pada suhu yang selesa dan sesuai.


      6. Bergerak ke tempat kerja lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalulintas. Ini boleh menjimatkan penggunaan petrol.

7. 
Berjalan, mengayuh basikal, menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta untuk ke destinasi yang ingin dituju.

8. 
Tanam pokok untuk memberikan teduhan daripada matahari. Ini boleh menjimatkan penggunaan alat hawa dingin atau kipas.


      9. Kurangkan penggunaan  alat penghawa dingin atau kipas ketika musim hujan atau ketika suhu rendah.


      10. Tutupkan televisyen ketika tidak berada di ruang tamu atau ketika tidak menontonnya.

0 komen:

Catat Ulasan