29 Mei 2010

Tip Hari Ini - Tip membeli kereta terpakai

Hendak membeli kereta baru tetapi ekonomi tidak mengizinkan dan terpaksa membeli kereta terpakai ? Saya akan membicarakan tentang cara untuk membeli kereta terpakai. Berikut adalah tip-tip yang mungkin ada boleh jadikan panduan ketika membeli kereta terpakai :

1) Pemeriksaan Luaran
  • Pastikan keadaan luaran tidak berkarat dan ton warna badan kereta adalah sama di semua permukaan. Ton warna yang berbeza bermakna mungkin bahagian tersebut telah dicat semula dan ini mungkin memberi petanda bahawa kereta tersebut pernah terlibat dalam kemalangan
2) Pemeriksaan Ruang Enjin
  • Enjin tidak diubahsuai, bersih dan tiada kebocoran minyak hitam
  • Periksa sudut-sudut tersembunyi pada enjin untuk memastikan tiada lekuk atau kemik yang menandakan kereta tersebut pernah mengalami kemalangan dan tidak disedari oleh mekanik
3) Pemeriksaan Ruang Dalaman
  • Keadaan dalaman kereta dalam keadaan baik dan tiada yang berkarat atau retak
  • Pastikan kesemua peralatan seperti radio,alat hawa dingin, suis lampu dan tingkap masih boleh digunakan
  • Pastikan kesemua aksesori yang terdapat di dalam kereta tersebut adalah yang asal dan tidak digantikan dengan aksesori yang berbeza



4) Pandu Uji Kereta
  • Hidupkan suis kereta - Pastikan semua meter dan indikator berfungsi dan menyala untuk menandakan kereta tersebut dalam keadaan baik
  • Hidupkan enjin - Pastikan tidak berlaku gegaran pada enjin, tiada masalah dengan sistem kotak gear, suhu kereta stabil dan tidak cepat meningkat
  • Pandu uji kereta - Pastikan tiada bunyi yang luar biasa kedengaran dan tiada berlalu sebarang gegaran ketika kereta bergerak
5) Pemeriksaan Terakhir
  • Pastikan nombor casis dan nombor enjin sama dengan dokumen pendaftaran kereta
  • Semak dengan pihak berkuasa seperti JPJ dan Polis untuk memastikan kereta tersebut tidak mempunyai rekod kesalahan lepas serta segala butir kereta adalah betul dan tidak dipinda

0 komen:

Catat Ulasan