Pernahkah anda terfikir tentang bil air yang kian meningkat ?
Anda boleh menggurangkannya dengan beberapa tip di bawah !
Ingat, jimatkan penggunaan air bukan sekata untuk kepentingan diri sendiri, tetapi untuk bumi kita yanf tersayang.
1. Tadahan air hujan
Air hujan merupakan antara sumber air yang paling bersih selain air tasik dan air perigi, oleh itu air hujan boleh dijadikan sebagai sumber air untuk kegunaan harian seperti cuci kereta, cuci lantai, siram pokok bunga, cuci baju, dan sebagainya.
2. Gunakan baldi semasa mandi
Gunakan baldi untuk menyisi air semasa mandi dapat menggurangkan pembaziran air. Selain mandi, banyak lagi aktiviti harian yang boleh dilakukan dengan mengunakan baldi. Contohnya, mencuci kenderaan, menyiram pokok bunga, mencuci lantai, memandikan haiwan pelihara, dan sebagainya.
3. Etika semasa memberus gigi dan membasuh muka
Pastikan anda menutup pili air semasa memberus gigi atau membasuh muka dan jangan biarkan air mengalir tanpa menggunakannya. Ia satu pembaziran.
4. Cucian pakaian
Jika mencuci pakaian dengan mesin basuh, pastikan mencuci pakaian anda dengan muatan penuh sahaja.
Jika mencuci dengan tangan, pastikan air hanya diisi secukup-cukup untuk membasuh pakaian yang ada dan membilas dengan baldi.
Selain itu, gunakanlah sabun atau sebuk pencuci yang mesra alam bagi mengelakkan pencemaran air dan alam sekitar.
5. Kebocoran saluran paip
Mengamalkan amalan untuk memeriksa paip-paip air di rumah bagi mengelakkan pembaziran air berlaku. Laporkan kejadian kebocoran paip kepada syarikat pembekal air anda dengan segera sekiranya berlaku kejadian kebocoran paip di kawasan anda
. 6. Penggunaan tandas
Gunakan sistem pengepam tandas 2 pam pengepam. Sistem pengepam tandas ini hanya menggunakan 6 liter air untuk pengepaman sepenuhnya, dan 3 liter untuk pengepaman separuh, berbanding sistem pengepaman biasa yang menggunakan 10 liter air.
7. Penyiraman pokok bunga
Gunakan air cucian pakaian untuk menyiram pokok bunga di taman.
8. Mandi
Pendekkan masa anda mandi, ini dapat menjimatkan penggunan air.
Laman web dibawah mempunyai maklumat lanjut tentang penjimatan air
1 komen:
Salam semua...
Kami menyediakan pembelian penapis air BIO-AURA dengan pembayaran bulanan RM100/bulan.
Kami juga memberikan khidmat servis selepas jualan secara percuma.
Untuk keterangan lanjut sila lihat:
http://bio-aura-nano.blogspot.com/
Wassalam.
Catat Ulasan