16 Mei 2010

Tip Hari Ini - Tanggungjawab Pengguna

Tahukan anda, bahawa seorang pengguna yang bijak ialah seorang pengguna yang mengetahui tentang hak-hak sebagai seorang pengguna dan juga mengetahui tentang tanggungjawab sebagai seorang pengguna. Adakah anda juga seorang pengguna yang bijak ?

Kesedaran untuk mengkritik

-Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna.


Penglibatan dan tindakan

-Pengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak pengguna dilayani dengan adil.


Tanggungjawab sosial

-Pengguna mesti bertindak dengan penuh bertanggungjawab dan kesedaran terhadap masyarakat supaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan kesulitan yang lebih besar.


Bersatu padu

-Pengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak mudah digugat.

0 komen:

Catat Ulasan