Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan adalah memuaskan dengan harga yang berpatutan.
Pengguna adalah berhak diberi peluang memilih barang-barang atau perkhidmatan pada harga yang berpatutan dan mutu yang memuaskan setiap kali pengguna membeli barangan atau perkhidmatan, maka ia adalah mengikat kontrak dengan penjualnya. Dalam hal ini tanggungjawab pengguna hanyalah perlu memilih barangan atau perkhidmatan yang diingini dan membayar yang ditetapkan oleh penjual untuk mendapatkannya.
Pengguna yang bijak akan membuat perbandingan harga, mutu, dan kualiti sesuatu barangan atau perkhidmatan sebelum membelinya. Oleh itu pengguna perlulah bijak untuk membuat perbandingan produk. Selain perbandingan produk, perbandingan harga juga penting supaya pengguna mendapat barangan dengan harga yang berpatutan.
Lamanweb untuk perbandingan produk
http://www.smartconsumer.my/index.php?option=com_content&view=article&id=223:perbandingan-produk&catid=59:perbandingan-produk&Itemid=44
Lamanweb untuk perbandingan harga
http://pricewatch.kpdnkk.gov.my/pricewatch/pricewatch.php
0 komen:
Catat Ulasan