20 Mei 2010

Tip Hari Ini - Kitar semula dengan 3R I






Pernahkah anda melihat perkataan 3R dalam surat khabar, televisyen atau dalam poster ? Dengan mengamalkan 3R (pengurang, guna semula dan kitar semula), kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia. Kehilangan sumber-sumber pada akhirnya dipanggil “sumber-sumber terbatas”.


Sebagai contoh, jumlah minyak adalah terhad dimana daripadanya kita boleh buat plastik dan bijih aluminium bagi membuat tin minuman. Dengan mengamalkan 3R kita dapat menjimat sumber-sumber terbatas pada masa hadapan di samping dapat mengurangkan jumlah pembaziran dengan tip-tip yang berikutnya.

1.Reduce – Pengurangan
Hanya beli apa yang diperlukan:
Kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan. Beli barangan buatan tempatan.


2.Beli produk yang boleh diguna semula:
Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula.


3.Beli pencuci serbaguna:
Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan.


4.Beli barangan yang kurang bungkusan: 
Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang. Sokonglah bungkusan kertas.


5.Jual atau dermakan barangan (dalam keadaan baik) yang tidak digunakan:
Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak digunakan.


6.Beli produk tidak bertoksik:
Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjin, pengilap, cat dan racun serangga tidak boleh diguna semula. Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya.


7.Gunakan bahan alternatif untuk mengganti bahan berbahaya/toksik:
Mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun bersama lemon adalah pengilap perabut yang baik.

0 komen:

Catat Ulasan