07 Jun 2010

Tip Hari Ini - Tip-tip semasa membeli rumah

Tip-tip semasa membeli rumah

Setiap institusi perbankan Islam menawarkan pakej pembiayaan perumahan-i yang berbeza. Teliti semua ciri pakej pembiayaan tersebut dan jangan membuat keputusan hanya berdasarkan kepada satu ciri tertentu sahaja. Carilah pakej yang sesuai dengan keperluan kewangan anda di samping menawarkan manfaat tambahan, seperti terma terma pembayaran yang menguntungkan anda.

Berikut adalah di antara tip-tip yang boleh anda gunakan.
Apakah yang saya mampu ?

Buat belanjawan bagi menentukan harga rumah yang mampu anda beli.
Dengan belanjawan ini, anda boleh menentukan harga maksima hartanah yang ingin anda beli. Sebagai panduan, komitmen bulanan seperti ansuran rumah, kereta dan lain-lain bayaran tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan kasar isi rumah.

·        Dapatkan brosur daripada pemaju perumahan.
·        Tentukan kesahihan maklumat dalam brosur dengan membuat semakan melalui Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah atau Pejabat Daerah.
·        Pastikan pemaju mempunyai lesen yang sah.
·        Pastikan tanah berkenaan adalah tanah untuk perumahan dan bukannya tanah untuk pertanian.
·        Jangan membuat sebarang bayaran tempahan.
·        Membayar 10% daripada jumlah harga belian yang dinyatakan setelah Perjanjian Jual Beli ditandatangani.
·        Pengguna perlu mendapatkan ganti rugi sekiranya pemaju perumahan tidak mematuhi syarat-syarat kontrak.
·        Kemukakan aduan secara bertulis kepada pemaju rumah yang berkenaan sekiranya terdapat kerosakan atau kecacatan pada rumah tersebut.

Periksa sumber kewangan anda:

Tabungan persendirian pastikan anda mempunyai tabungan persendirian yang mencukupi untuk menjelaskan bayaran muka (anggaran 10% - 20% daripada harga rumah) dan kos sampingan lain

Pengeluaran daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) jumlah simpanan KWSP yang boleh dikeluarkan untuk membeli rumah tidak boleh melebihi jumlah yang ada dalam Akaun 2 anda. Sila hubungi pejabat KWSP yang berdekatan untuk membuat pertanyaan berhubung kelayakan membuat pengeluaran tersebut

Kemudahan pembiayaan daripada institusi perbankan Islam buat tinjauan dan perbandingan terhadap pakej pembiayaan di pasaran yang paling sesuai dengan anda, kualiti perkhidmatan yang cekap dan boleh dipercayai, serta caj-caj yang dikenakan seperti fi guaman, fi dan caj berkaitan yang dibayar kepada pihak kerajaan

Rumah dalam pembinaan
Jika anda ingin membeli rumah yang masih dalam pembinaan, sila periksa latar belakang pemaju. Jangan takut untuk bertanyakan pelbagai soalan kepada pemaju. Pemaju yang mempunyai rekod yang baik akan mengurangkan risiko projek terbengkalai. Pastikan pemaju:

  •         mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
  •        mempunyai permit sah pengiklanan dan jualan yang dikeluarkan oleh penguat kuasa tempatan.


Rumah siap

Jika anda ingin membeli rumah yang telah siap daripada penjual, sila dapatkan nilai pasaran bagi rumah yang serupa di kawasan yang sama.

0 komen:

Catat Ulasan