04 Jun 2010

Semsa Kereta VOLVO dan MITSUBISHI ditarik balik daripada pasaran Australia



Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (Australia Competition & Consumer Commission) telah mengisytiharkan penarikan balik kereta Volvo dan Mitsubishi daripada pasaran Australia.


Kereta Volvo yang ditarik balik adalah model S80, XC70 and XC60 disebabkan oleh kerosakan pada belt tensioner. Kerosakan ini akan menyebabkan kereta mengalami kehilangan kuasa semasa dipandu akibat kehilangan kestabilan dan kehilangan kuasa stering.


Sementara itu, kereta Misubishi yang ditarik balik adalah model Triton akibat bolt dan ball joint yang tidak dipasang dengan sempurna pada suspension di bahagian hadapan. Ini akan menyebabkan ball joint terpisah daripada suspension hadapan dan kereta tidak dapat dipandu.


Pemilik kereta Volvo dan Mitsubishi model yang ditarik balik itu dinasihatkan supaya menghantar kereta mereka ke bengkel untuk memeriksa sekiranya mereka meragui status keselamatan kereta tersebut. Hubungi Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional di talian 03-7877 9000 jika kereta yang anda miliki mempunyai masalah tersebut.


Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia

0 komen:

Catat Ulasan