07 Jun 2010

Semasa - Laporan Impak Alam Sekitar (EIA)

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) telah menyiapkan laporan kajian ke atas kilang magnesium yang terletak di Taiping, Perak. Kajian tersebut dilakukan selepas menerima aduan daripada penduduk di sekitar kawasan kilang tersebut.

FOMCA telah meneliti meneliti Laporan Impak Alam Sekitar (EIA) dan mendapati laporan EIA tidak lengkap. Sebagai contoh, model simulasi pencemaran udara, yang merupakan elemen penting dalam industri magnesium, tetapi model yang dilaksanakan tidak merangkumi semua jenis pencemar.

Pada masa yang sama, pemilik projek dan konsultan EIA gagal memberikan maklumat bahan kimia yang terdapat dalam bahan mentah pemprosesan magnesium. Bahan mentah dalam lombong biasanya mengandungi bahan-bahan lain yang boleh memudaratkan kesihatan.

Apabila penelitian dilakukan terhadap kajian yang dibuat di serata dunia, didapati bahawa proses Pidgeon mendapat keputusan yang paling teruk dalam kalangan mereka. Ia juga mempunyai hampir 60 % lebih impak pemanasan global berbanding pemprosesan aluminium. Adakah ini sejajar dengan jaminan Perdana Menteri untuk mengurangkan 40% Karbon Intensiti  menjelang 2020?

Kebanyakan bahan pencemar yang tidak dilaporkan ini merupakan bahan pencemar yang boleh menyebabkan kanser. Apakah masa depan kesihatan penduduk di kawasan tersebut?

Laporan kajian yang disediakan oleh FOMCA akan dihantar kepada Kerajaan Negeri Perak, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perdana Menteri. FOMCA berharap kerajaan negeri membuat pertimbangan yang wajar terhadap projek ini untuk melindungi rakyat yang berada di kawasan kilang berkenaan.


Sumber : www.konsumerkini.net.my

0 komen:

Catat Ulasan