08 Jun 2010

Semasa - Hati-hati produk pelangsingan badan yang meragukan

JANGAN GUNAKAN PRODUK PELANGSINGAN BADAN YANG MERAGUKAN
Jabatan Kesihatan Hong Kong mengesa rakyat di Hong Kong supaya tidak mengguna atau membeli produk pelangsingan badan yang berjenama seperti di bawah:

- Kapsul berjenama Miyura Fit’s dan dua jenis kapsul warna jingga dan putih mutiara
- Produk pelangsingan Sheng Yuan Fang

Kedua-dua jenis produk pelangsingan badan ini didapati mengandungi formulasi dari Barat yang tidak diisytiharkan dan akan mengakibatkan kesan-kesan yang buruk pada kesihatan.

Kajian makmal mendapati bahawa kedua-dua produk ini mengandungi sibutramine dan phenolphthalein.

Pada 17 Mei yang lalu, seorang wanita berumur 30 telah dikesan mempunyai tanda-tanda psikosis akibat induksi produk pelangsingan. Sheng Yuan Fang,  telah dihantar ke hospital.  Hasil daripada pemeriksaan mendapati sibutramine dan phenolphthalein telah dikesan dalam air kencingnya.

Sibutramine adalah formulasi dari Barat untuk menahan nafsu makan pada seseorang bagi tujuan pelangsingan badan. Ia memerlukan kawalan perubatan yang ketat. Kesan sampingan termasuk peningkatan tekanan darah dan degupan jantung (increased blood pressure and heart rate, symptoms of psychosis and possibly convulsion). Seseorang yang mempunyai masalah jantung tidak digalakkan mengambil sibutramine.

Phenolphthalein pula adalah ubat yang digunakan untuk sembelit, tetapi ia didapati boleh mengakibatkan kanser. Penggunaannya sebenarnya telah diharamkan.

Pihak berkuasa kesihatan meminta orang awam supaya supaya tidak membeli sebarang ubat yang tidak didaftar kerana kandungannya yang tidak diketahui.

Pengawalan berat badan hendaklah dilakukan melalui diet yang baik dan senaman yang sesuai. Pengguna harus mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar kesihatan sebelum menggunakan sesuatu ubat bagi tujuan melangsingkan badan.

Pengguna dinasihatkan juga supaya memeriksa produk pelangsingan badan yang ada dijual di pasaran. Sekiranya produk berjenama ‘LAMI’ didapati atau kesan sampingan seperti yang dinyatakan berlaku, laporkan segera kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di talian 03-7883 5400 atau Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional di talian 03-7877 9000.



Sumber : www.konsumerkini.net.my

0 komen:

Catat Ulasan