01 Jun 2010

Tip Hari Ini - Lindungi anak-anak kita daripada risiko dan pengaruh media

Keprihatinan Kita:

·        Anak-anak kita sering menonton televisyen terlalu lama dan menghabiskan banyak masa di internet.  
·        Media boleh mempengaruhi pola pemakanan, sistem nilai dan psikologi manusia.
·        84% daripada golongan remaja mengatakan mereka menggunakan masa lapang dengan melayari internet. 73% pula menonton televisyen dan 42% bermain permainan komputer.
·        Anak-anak kita sering terdedah kepada terlalu banyak iklan dan pelbagai program televisyen.
·        Anak-anak kita kurang bersenam dan melakukan aktiviti fizikal.
·        Anak-anak kita kurang berinteraksi dengan kanakkanak lain.

Keprihatinan Terhadap Anak-Anak Kita:

·        Peningkatan kadar kegemukan dan berat badanberlebihan.
·        Peningkatan kes kencing manis.
·        Peningkatan kes tekanan darah tinggi.
·        Peningkatan konflik ibu bapa – anak anak di rumah.
·        Peningkatan perasaan tidak selamat dan nilai diri di kalangan kanak-kanak

Apa Pihak Lain Perlu Lakukan ?

·        Kerajaan hendaklah mengawal selia media dan industri telekomunikasi bagi melindungi anak-anak kita.
·        Industri pula harus meletakkan keutamaan terhadap kesihatan dan kebajikan kanak-kanak melebihi faktor keuntungan.

Apa yang Ibu Bapa Perlu Lakukan ?

Apa Yang Boleh Dilakukan oleh Ibu Bapa di Rumah?

·        Sebelum cuba membantu anak-anak daripada terpengaruh dengan pengiklanan dan pemasaran, ibu bapa sendiri sepatutnya telah memahami pengaruh tersebut terhadap diri mereka. Dalam hal ini, ibu bapa secara jujurnya perlu melihat apakah yang nilai-nilai utama yang ada pada diri mereka. Sekiranya nilai-nilai utama itu berunsur kebendaan, maka besar kemungkinan nilai-nilai tersebut juga akan tersemai dalam diri anak-anak mereka. Begitu juga jika anda sangat memahami pengaruh tersebut dan cuba untuk menukar tabiat penggunaan, termasuklah mengurangkan kecenderungan untuk berbelanja secara berlebihlebihan atau tidak membeli sesuatu produk bagi memenuhi kepuasan diri, maka anda berada dalam kedudukan yang baik untuk membantu anak-anak anda.

·        Anda perlu mencari jalan untuk menjauhkan anakanak daripada pengiklanan. Ini bergantung kepada minat dan peluang yang ada, iaitu anda boleh meluangkan lebih banyak masa bersama-sama mereka untuk menikmati alam semula jadi, melakukan projek-projek kesenian, melaksanakan program khidmat masyarakat, kerja-kerja sosial seperti di gereja, masjid dan kuil. Anda juga boleh membacakan buku cerita kepada anak-anak anda, bermain kad atau permainan papan. Anda boleh menjadikan aktiviti-aktiviti ini sebagai suatu kebiasaan tanpa melibatkan media.

·        Berbincanglah dengan anak-anak mengenai pengiklanan, termasuk kedudukan produk tersebut di rak. Walaupun anak-anak yang masih kecil itu tidak memahami tentang tujuan pengiklanan, namun mereka sering terikut-ikut dengan apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka.
·        Sebelum membeli-belah di pasar raya, terlebih dahulu memberitahu anak-anak tentang barangan yang hendak dibeli. Lebih baik sekiranya anda telah membuat penetapan tertentu kepada anakanak anda, seperti berkata, “Ingat kita telah bersetuju untuk membeli bijirin dan makanan ringan yang telah kita rancangkan sahaja”.

·        Berikan kefahaman kepada anak-anak tentang makna di sebalik sesuatu perayaan, seperti HariRaya atau Krismas, agar nilai-nilai komersial tidak boleh mempengaruhi mereka.

·        Sertai acara-acara peringkat nasional seperti Hari/ Minggu Tidak Menonton TV dan Hari Tidak Berbelanja.

Bagaimana Ibubapa Boleh Menghadkan Tempoh Menonton Televisyen Televisyen dan Mengapa ia Penting ?

Walaupun penggunaan komputer semakin popular, namun televisyen masih lagi merupakan saluran utama dan berkesan bagi pengiklan untuk mensasarkan produk mereka kepada kanak-kanak. Dengan menghadkan tempoh menonton televisyen, ia merupakan satu cara untuk mengurangkan pendedahan iklan kepada kanakkanak. Televisyen merupakan peranti utama untuk pemasaran. Lebih banyak kanak-kanak menontonnya, lebih banyak mesej pemasaran yang akan mempengaruhi mereka.

·        Anda boleh mengurangkan pengaruh televisyen dengan menghadkan tempoh masa menonton yang dibenarkan kepada anak-anak. Lebih mudah untuk melakukannya ketika anak masih kecil. Walau bagaimanapun langkah ini masih boleh dipupuk kepada anak-anak yang telah besar.

·        Pastikan televisyen sentiasa dipadamkan ketika waktu makan. Ini bukan sahaja menurunkan kadar pendedahan kepada pengiklanan, tetapi memberikan peluang untuk meluangkan masa yang berharga bersama-sama anak-anak.

·        Ibu bapa kepada bayi dan anak-anak yang masih kecil hendaklah mengambil saranan yang dibuat oleh Akademi Pediatrik Amerika yang menyatakan bahawa anak-anak yang berumur di bawah dua tahun sebaik-baiknya perlu dijauhkan daripada skrin televisyen sebanyak mungkin. Ini kerana apa yang dipelajari oleh kanak-kanak melalui televisyen ialah cuba membuka televisyen untuk tujuan keseronokan dan stimulasi. Jangan mudah terpedaya dengan kenyataan bahawa video atau permainan komputer dapat meningkatkan IQ kanakkanak atau menjadikan mereka lebih pintar kerana pada hakikatnya kenyataan tersebut tidak benar.

·        Apabila TV dijadikan sebagai suasana latar belakang ketika kanak-kanak bermain, sebenarnya ia mengganggu tumpuan mereka dan seterusnya boleh merencatkan perkembangan kecerdasan. Sekiranya anda gemar menonton TV, cuba rakamkan program yang diminati itu dan menontonnya ketika anak-anak anda sedang tidur sebentar atau apabila mereka tidur pada waktu malam.
·        Jika boleh, elakkan daripada membawa anak-anak ketika membeli belah di kedai-kedai permainan besar. Sekiranya anak-anak dibawa bersamasama, ia boleh menimbulkan gangguan kepada anak-anak yang tidak mampu mengawal naluri mereka serta tidak dapat untuk memahami mengapa anda tidak mahu membeli barangan mereka ingini.

·        Anak-anak juga menjadi sasaran pemasaran melalui komputer, permainan video dan Internet. Oleh yang demikian, jangan meletakkan komputer dalam bilik mereka. Sekiranya tempat yang sunyi disediakan untuk anak-anak membuat kerja sekolah mereka, tidak ada alasan bagi meletakkan komputer di dalam bilik tersebut.

Apakah yang Ibu bapa Boleh Lakukan dalam Masyarakat

·        Apabila kanak-kanak membesar dan menjadi lebih matang, mereka sering terdedah kepada pelbagai nilai dan peraturan yang berbeza. Ini termasuk peraturan terhadap media yang mungkin berbeza dengan diri anda. Rungutan yang sering didengari, “Semua orang pun memilikinya”. Apabila ini berlaku, cubaan untuk menghadkan pendedahan kanak-kanak daripada pemasaran menjadi lebih sukar.

·        Kongsikan kebimbangan anda tentang pengaruh iklan ke atas kanak-kanak dengan ibu bapa yang lain. Jika anda dapati ada jiran atau ibu bapa lain yang turut berkongsi kebimbangan yang sama, maka anda boleh membuat peraturan bersamasama tentang jenis media yang boleh anak-anak anda gunakan apabila mereka berkumpul. Lebih mudah bagi sekumpulan atau beberapa orang ibu bapa untuk mewujudkan sesuatu peraturan tersebut,berbanding jika ia dilakukan secara bersendirian.

·        Jika anda menganggotai sesebuah pertubuhan keagamaan atau kemasyarakatan, cuba tarik perhatian ketua pertubuhan agama atau kemasyarakatan itu tentang isu-isu komersialisme secara konsisten dan menggunakan berbagai-bagai kaedah untuk mempengaruhi mereka. Ini termasuk menganjurkan bengkel untuk kanak-kanak, ceramah atau bengkel untuk orang dewasa tentang pelbagai topik – daripada topik tentang taktik pemasaran yang keterlaluan kepada nilai-nilai pemasaran.

·        Menjemput persatuan pengguna untuk memberi ceramah kepada kanak-kanak dan ibu bapa tentang pengaruh pengiklanan dan bagaimana cara untuk melindungi anak-anak mereka daripada pengaruh tersebut.

Apa yang Ibu Bapa Boleh Lakukan di Sekolah ?

Perhatikan jika terdapat sebarang iklan, bahanbahan berunsur komersial di kawasan sekolah. Pastikan bahawa tiada syarikat yang cuba untuk mempengaruhi kepimpinan sekolah dengan mewujudkan papan kenyataan yang mengandungi mesej bersifat komersial.

Apa yang Ibu Bapa Boleh Lakukan di Pasaran ?

Sekiranya terdapat sesuatu yang membimbangkan anda, hubungi persatuan pengguna atau kumpulan advokasi melalui telefon atau e-mel bagi mendapatkan khidmat mereka.

Wujudkan kerjasama dengan badan advokasi yang sedia ada secara berterusan.
Tulis dalam ruangan surat kepada editor dalam akhbar tempatan tentang pendirian tegas anda terhadap unsur-unsur komersial yang boleh memudaratkan kanak-kanak.

10 Perkara Utama yang Perlu Diberitahu kepada Anak Anda

1. Jangan sesekali menjawab soalan-soalan atau apa jua borang dalam talian (online) atau memberi maklumat peribadi (seperti nama, umur, alamat, nombor telefon, sekolah, bandar, kata laluan dan jadual) tentang diri anda kepada orang lain tanpa kebenaran ibu bapa.

2. Elakkan daripada bersetuju untuk berjumpa dengan kenalan yang dikenali dalam talian tanpa kehadiran ibu bapa.

3. Jangan memasuki ruang sembang (chat room) tanpa kehadiran atau pengawasan ibu bapa. Sesetengah “kanak-kanak” yang anda kenali dalam ruang sembang mungkin bukan sebenarnya “kanak-kanak”, sebaliknya orang dewasa yang mempunyai niat yang tidak baik. Ingat, jangan mudah mempercayai seseorang berdasarkan apa yang diperkatakannya.

4. Jangan memberitahu sesiapa dalam talian di mana kamu akan berada atau apa yang akan kamu lakukan tanpa kebenaran ibu bapa.

5. Jangan menjawab atau menghantar e-mel kepada seorang yang baru dikenali dalam talian.

6. Jangan memasuki halaman dalam talian baru yang akan mengenakan bayaran tertentu tanpa mendapat kebenaran ibu bapa terlebih dahulu.

7. Jangan menghantar gambar di internet atau e-mel kepada orang yang baru dikenali dalam talian tanpa kebenaran ibu bapa.

8. Jangan membeli atau membuat tempahan barangan dalam talian atau memberi maklumat kad kredit dalam talian tanpa kebenaran ibu bapa.

9. Jangan melayani sebarang komen atau sesuatu kontaks menyebabkan anda berasa tidak selesa atau curiga. Tamatkan dengan segera dan beritahu kepada ibu bapa secepat mungkin.

10. Biasakan memberitahu ibu bapa tentang sesuatu yang anda lihat yang boleh mengganggu fikiran anda. (Adalah baik untuk kesihatan minda anak anda sekiranya berbincang dengan mereka tentang kesan pendedahan terhadap imej pornografi, daripada membiarkan mereka dalam kekeliruan).

0 komen:

Catat Ulasan