11 Jun 2010

Tip Hari Ini - Prinsip meminjam

PRINSIP MEMINJAM

"Nak pinjam ke tak nak pinjam..."
Ianya merupakan persoalan yang kadang kala sukar untuk dijawab oleh kebanyakan individu. Kebanyakan daripada kita akan perlu meminjam untuk membeli kereta pertama atau rumah pertama malahan ada antara kita yang meminjam untuk berkahwin. Sebagai golongan pengguna ramai di antara kita yang tidak tahu prinsip asas meminjam. Informasi di bawah ini menerangkan beberapa komponen utama di dalam proses meminjam.

Apakah komponen utama pinjaman?
Semua pinjaman, sama ada pinjaman kereta, pinjaman rumah atau pinjaman peribadi, terdiri daripada tiga komponen utama:
  • Kadar faedah
  • Cagaran
  • Tempoh
Kadar faedah
  • Kadar faedah ialah caj yang dikenakan oleh pemberi pinjaman kerana menggunakan duit mereka.
  • Biasanya kadar faedah ditunjukkan dalam bentuk peratusan daripada jumlah pinjaman dalam setahun.
  • Faedah yang dikenakan berdasarkan pengkompaunan (iaitu faedah-atas-faedah) dan ia boleh terdiri daripada pengkompaunan tahunan/ bulanan/ harian (satu lagi istilah yang digunakan ialah kiraan atas baki tahunan/bulanan/harian).
Terdapat dua jenis kadar faedah
  • Tetap
  • Boleh ubah
Kadar tetap
Tetap dan tidak berubah. Jika kadar faedah tetap ialah 6% setahun, ia akan kekal 6% setahun sepanjang tempoh pinjaman.

Kadar boleh ubah
Boleh bertukar mengikut masa dan biasanya ditetapkan pada kadar pasaran standard, seperti Kadar Pemberian Pinjaman Asas, BLR (BLR terkini = 6.75%). Sebagai contoh, anda mungkin mengambil pinjaman dengan kadar boleh ubah pada BLR + 1%. Ini bermakna, anda perlu membayar tambahan satu peratus kepada BLR atau berjumlah 7.75% setahun.

Jenis-jenis pinjaman

1. Bercagar
  • Ini merujuk kepada sama ada pemberi pinjaman menghendaki anda mencagarkan aset, biasanya dirujuk sebagai cagaran, untuk menjamin pinjaman anda.
  • Jika anda mempunyai pinjaman bercagar, bermakna pemberi pinjaman anda boleh merampas aset jika anda mungkir menjelaskan hutang pinjaman.
  • Oleh kerana terdapat cara alternatif pembayaran balik, faedah dalam pinjaman bercagar adalah lebih rendah berbanding dengan faedah pinjaman tidak bercagar.
  • Apabila anda membiayai pembelian kereta anda melalui pinjaman bank, anda sebenarnya adalah penyewa (bukan pemilik) kereta yang anda pandu sehingga anda selesai membayar sepenuhnya pinjaman anda.
  • Begitulah juga dalam kes pinjaman rumah, bank akan memiliki 'tuntutan pemilikan' terhadap rumah tersebut sehingga anda selesai membayar sepenuhnya pinjaman rumah.
Tidak bercagar
  • Dalam pinjaman tidak bercagar, tiada aset yang boleh dirampas oleh bank jika mungkir membayar balik pinjaman.
  • Pinjaman tidak bercagar selalunya mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi berbanding dengan pinjaman bercagar.
  • Untuk mengurangkan risiko, institusi pemberian pinjaman kadang kala menghendaki orang ketiga menandatangani perjanjian bagi pinjaman tidak bercagar atau menjamin jumlah pinjaman.
Tempoh pinjaman
  • Tempoh suatu pinjaman ialah jangka masa peminjam perlu membayar balik pinjaman.
  • Kebanyakan pinjaman peribadi/kereta mempunyai tempoh 3 ke 9 tahun, manakala tempoh pinjaman rumah adalah jauh lebih lama dan biasanya boleh mencapai sehingga 30 tahun.
  • Tempoh adalah jangka masa maksimum untuk peminjam membayar balik pinjaman mereka, pinjaman juga boleh dijelaskan sebelum tempoh tamat.
Prinsip asas meminjam
Berikut adalah beberapa prinsip asas meminjam:

Prinsip 1: Meminjam untuk sesuatu yang anda perlukan - bukan yang anda mahukan.
Anda hanya perlu meminjam untuk suatu yang anda benar-benar perlu tetapi tidak mempunyai duit tunai untuk membayarnya. Sebagai contoh, untuk membeli rumah, untuk membiayai pendidikan lanjutan anak-anak dan untuk membeli sebuah kereta.

Prinsip 2: Meminjam sejumlah duit di dalam kemampuan anda untuk membayar balik.
Ramai orang terlebih memberi komitmen dalam hutang kerana menyangka bahawa ekonomi akan terus berkembang dan situasi yang baik akan terus kekal. Tidak perlu dikatakan, bila tiba masanya, mereka ini akan menghadapi kesukaran untuk membuat bayaran balik dan perampasan kereta dan harta mula dikuatkuasakan.
Adalah disarankan bahawa seseorang patut menghadkan jumlah bayaran balik pinjaman kepada kurang daripada 1/3 pendapatan kasarnya.

Prinsip 3: Elakkan daripada meminjam untuk membiayai aset yang susut nilai
Aset yang susut nilai adalah harta yang hilang nilainya mengikut masa, seperti kereta (melainkan jika anda melabur dalam kereta klasik), perabot dan kebanyakan barang dan peralatan rumah. Barangan ini akan susut nilai dengan cepat sementara pinjaman anda berkurangan dengan agak lambat. Dalam situasi di mana anda tidak dapat menjelaskan hutang, barangan tersebut akan dirampas dan anda mesti menambah nilai yang kurang kerana aset susut nilai anda tidak cukup untuk menjelaskan baki pinjaman.
Cuba membeli barang-barang ini secara tunai dari simpanan anda daripada meminjam. Jika tidak, jangan beli (melainkan ia akan menguntungkan perniagaan anda!)

Prinsip 4: Elakkan Daripada Menjadi Penjamin
Sseeorang penjamin bertanggungjawab menjelaskan pinjaman dalam hal apabila peminjam mungkir membayar balik pinjaman atas apa sahaja alasan. Melainkan seorang itu bersedia untuk menunaikan tanggungjawab ini, elakkan diri anda daripada menjadi penjamin.

Prinsip 5: Peminjam Mempunyai Komitmen Moral dan Mutlak Untuk Membayar Balik
Jika anda menghadapi kesukaran untuk membayar balik, berbincanglah dengan pemberi pinjaman agar dapat membuat pelan bayaran balik yang munasabah tetapi jangan sesekali diam atau lari dari membayar hutang pinjaman. Jika anda merasakan tidak mampu untuk membayar hutang pinjaman maka elakkan diri dari meminjam.

Kesimpulan
Jika anda perlu pinjam, pinjamlah! Walaubagaimanapun, pastikan anda sudah jelas memahami prinsip-prinsip meminjam sebelum memberi komitmen padanya. Setelah anda meminjam, hakikatnya anda telah membuat komitmen untuk membayar balik dan pastikan diri anda, sebagai seorang yang bertanggungjawab, menunaikan komitmen tersebut pada setiap masa.

Sumber : www.konsumerkini.net.my

2 komen:

Unknown berkata...

Halo semua,
Nama saya Alya Ryo dari Jakarta di Indonesia, saya ingin memberi nasihat kepada semua orang untuk berhati-hati dalam mendapatkan pinjaman di sini, saya memohon pinjaman sekitar 300 juta dari seorang wanita di negara-negara bersatu dan saya kehilangan sekitar 20 juta tanpa Saya mendapat pinjaman, mereka bertanya lagi dan sekali lagi untuk kos, dan saya dibayar tetapi masih saya tidak mendapat pinjaman, mereka merujuk saya kira-kira 2 kali kepada dua wanita yang berbeza di ibu negara Sepanyol, saya harap saya akan bertemu dengan orang yang betul, tetapi Saya tidak dan saya kehilangan perniagaan saya dalam proses.
Nasib baik untuk saya, seorang kawan yang baru saja memohon pinjaman, dan mendapat pinjaman tanpa apa-apa tekanan, memperkenalkan saya kepada Ketua Pegawai Eksekutif PINJAMAN AMANAH, Puan Ivana Luka dan saya memohon 500 juta, saya fikir ia adalah penipuan seperti biasa, Tetapi saya mendapat pinjaman saya kurang dari 24 jam, 2% tanpa cagaran. Saya sangat gembira kerana perniagaan saya dihidupkan semula dan saya diselamatkan daripada menjadi miskin.
Jadi saya nasihat sesiapa yang memerlukan pinjaman untuk dihubungi
Puan Ivana Luka melalui e-mel: ivanaluka04@gmail.com

Anda masih boleh menghubungi saya jika anda mempunyai keraguan atau memerlukan maklumat lanjut melalui e-mel: alyaryo10@gmail.com

mira binti muhammed berkata...

Sy mahu kembali semua kemuliaan kepada Allah SWT atas apa yg Dia gunakan Ibu Rossa lakukan dalam hidup saya, nama saya adalah Mira Binti Muhammad dari bandar klang di malaysia, saya seorang janda dengan 2 anak, suami sy mati dalam sebuah kereta. kemalangan dan sejak itu hidup menjadi sangat kejam kepada sy dan keluargaku dan sy telah cuba utk mendapatkan pinjam dari bank-bank di malaysia dan sy ditolak dan dinafikan kerana sy tidak mempunyai cagaran dan tidak boleh mendapatkan pinjaman dari bank dan sy sangat sedih
Pada hari yg dikhaskan ini semasa saya melalui internet, sy melihat kesaksian Annisa tentang bagaimana dia mendapat pinjam dari Puan Rossa dan sy menghubungi beliau utk bertanya mengenai pinjam Rossa ibu dan bagaimana sebenarnya pinjam dari ibu Rossa dan dia memberitahu sy benar dan sy menghubungi Ibu Rossa dan memfailkan permohonan pinjam sy dan pinjaman sy diproses dan diluluskan dan dalam tempoh 24 jam saya mendapat wang pinjam sy di dalam akaun bank sy dan apabila sy menyemak akaun sy, wg pinjam sy adalah utuh dan sy sangat gembira dan Sy telah berjanji bahawa sy akan membantu memberi keterangan kepada orang lain mengenai syarikat pinjam ibu rossa, jadi sy ingin menggunakan medium ini untuk memberi nasihat kepada sesiapa yg memerlukan pinjaman utk menghubungi Puan Rossa melalui e-mel: rossastanleyloancompany@gmail.com dan Anda juga boleh menghubungi sy melalui email saya: mirabintimuhammed @ gmail.com untuk maklumat serta kawan-kawan saya A nnisa Barkarya melalui email: annisaberkarya@gmail.com

Catat Ulasan