09 Jun 2010

Tip Hari Ini - Tip mengelakkan diragut

TIP MENGELAKKAN DARIPADA DIRAGUT

Berikut adalah beberapa tip yang boleh diamalkan untuk mengelakkan daripada diragut:

  • Gunakan jalan yang selalu dilalui oleh orang ramai.
  • Jika terpaksa keluar di waktu malam, cuba keluar secara berteman atau berkumpulan.
  • Elakkan daripada meletak beg duit anda di dalam bakul membeli-belah atau di atas kaunter semasa membuat bayaran.
  • Silangkan beg tangan anda di bahu dan berjalan di sebelah kanan jalan bertentangan dengan laluan lalu lintas.
  • Semasa membeli-belah di tempat yang sibuk genggam beg duit dengan kuat atau sembunyikan beg duit di tempat yang tidak terdedah.
  • Berjalan di atas kaki lima kedai supaya dapat mengelakkan diri dari diragut oleh pembonceng motosikal.
  • Jangan berasak-asak apabila menaiki atau turun dari bas, kereta api, panggung wayang dan juga di tempat yang sesak. Ini untuk mengelakkan anda daripada diragut.
  • Apabila menggunakan lif, pastikan ada orang bersama anda atau cari orang yang anda kenal. Jika ada orang mengekori anda dan anda mencurigai orang itu, keluar dari lif dengan segera.
  • Jangan menyimpan beg duit dalam kocek seluar sebelah belakang semasa berbaris membeli tiket wayang, bola sepak atau kereta apai. Ini kerana ianya memudahkan untuk diseluk dan diragut.
  • Semasa menaiki atau turun kenderaan awam seperti bas, teksi atau kereta api jangan berasak-asak, tunggu hingga orang lain telah menaiki atau turun.
  • Jangan biarkan orang yang tidak dikenali meletakkan tangannya di atas bahu anda terutama sekali semasa naik atau turun kenderaan awam atau semasa dalam barisan untuk sesuatu tujuan.
Jangan simpan duit (wang) di satu kocek sahaja. Simpanlah di dalam kocek yang berasingan.


Sumber : www.smartconsumer.my

0 komen:

Catat Ulasan