JANGAN MEMBELI SAMPAH
Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam telah lama diwujudkan, namun kita masih melihat agensi yang ditubuhkan di bawah Akta ini melihat kepada hujung masalah. Berjaya atau tidak agensi yang terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini merupakan tanggungjawab pucuk pimpinan mereka.
Sebagai langkah pertama, industri-industri boleh meminimumkan pembungkusan dan menggunakan pembungkusan berasaskan kertas. Terdapat juga peralatan elektronik yang tidak menggunakan polistirena sebagai bahan pembungkusan. Ia digantikan dengan bahan berasaskan kertas yang direka untuk menepati jenis produk. Penggunaan lestari seperti ini sangat digalakkan, terutamanya bahan pembungkusan (berasaskan kertas) jika dihasilkan daripada kertas yang dikitar semula.

Jika pengguna membeli barangan yang mempunyai banyak pembungkusan, sebenarnya mereka membeli sampah. Kebanyakan syarikat yang maju melakukan banyak penyelidikan untuk mengurangkan pembungkusan. Ini bukan sahaja mengurangkan sampah, tetapi juga mengurangkan penggunaan sumber bahan mentah serta kos operasi syarikat.
Dalam isu penggunaan bekas plastik, industri-industri perlu beralih kepada bahan-bahan yang mudah dikitar semula, dan seterusnya kepada botol berasaskan kaca. Pusat pungutan (apabila disediakan) mestilah mencukupi untuk memudahkan pengguna menghantar bahan-bahan ini untuk pungutan semula. Persoalan yang lebih besar adalah mewujudkan kemudahan pusat-pusat pungutan semula dan kesedaran masyarakat umum terhadap isu ini.
Terdapat juga produk-produk yang mempraktikkan tanggungjawab sebagai penghasil (Extended Producers Responsibility), iaitu industri mengambil semula model-model lama dan memberi diskaun untuk model yang baru.
Bolehkah kita berbuat demikian dalam pasaran tempatan? Mengapa tidak?
Apabila industri mengambil model-model lama, mereka perlu melihatnya sebagai kemasukan semula bahan mentah ke dalam kitar pembuatan. Penstabilan aktiviti sebegini akan mengambil masa yang lama dan lebih baik jika dimulakan sekarang sebelum ia menjadi mandatori.
Sektor industri juga perlu melakukan Penilaian Kitar Hayat (Life Cycle Assessment - LCA) untuk meningkatkan rekaan produk bagi mencapai tahap “proses hijau”. Langkah ini akan mendedahkan pengurusan bahan mentah dan mengurangkan penghasilan sisa buangan. LCA juga menggalakkan penggunaan bahan-bahan yang boleh dikitar semula dan mesra alam sebelum, semasa dan selepas produksi.
Pada masa yang sama, pengguna memainkan peranan yang penting untuk mengalakkan produk-produk mesra alam. Pelabelan, pengiktirafan dan penguatkuasaan yang cekap diperlukan untuk mengelakkan berlaku sebarang penyelewengan terhadap usaha ini. Kerjasama penuh daripada semua pihak-pihak berkepentingan diperlukan untuk melaksanakan kepenggunaan lestari yang berkesan.
Kini, terdapat kesedaran dalam kitar semula. Namun sekadar itu sahaja. Konsep 3R (Reduce, Reuse, Recycle – Kurangkan, Guna Semula dan Kitar Semula), menggariskan kitar semula sebagai langkah yang terakhir. Pertamanya, kita perlu mengurangkan penggunaan bahan-bahan yang tidak boleh diguna semula, kemudiannya mengurangkan bahan yang tidak boleh di kitar semula. Langkah terakhir adalah mengitar semula. Kita masih kurang berpengetahuan dalam isu kepengunaan lestari dan mempraktikkannya setiap hari.
Praktikkanlah prinsip 3R untuk memastikan dunia yang lebih baik untuk generasi yang akan datang.

Sumber : Pesatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM)
0 komen:
Catat Ulasan