31 Mei 2010

Tip Hari Ini - Persiapan untuk persaraan



Para ekonomi dan pengurus kewangan dapat memberitahu bahawa seorang yang menjalani hidup yang sederhana tidak mempunyai wang simpanan yang mencukupi untuk menghadapi dunia persaraan dalam keadaan selesa.

Apabila anda mengambil kira faktor-faktor seperti kenaikan harga, cukai dan sebanyak mana seorang biasa membelanjakan wang mereka, hanya sebahagian kecil sahaja wang yang ada untuk dibelanja apabila bersara.

Walaupun seseorang itu bekerja dalam tempoh yang lama untuk membayar hutang-hutang mereka, namun mereka terpaksa menyimpan sebahagian daripada duit tersebut sebagai persiapan apabila bersara kelak.

Apa yang membimbangkan ialah seseorang itu terpaksa hidup dalam keadaan serba kekurangan walaupun tidak ada sebarang masalah dalam kehidupan mereka apabila mencapai usia tua.

Perkara-perkara asas dalam merancang persaraan :

Walau apa juga perancangan anda, anda hendaklah mengetahui kedudukan anda sekarang:

1. Berapa banyak wang simpanan dan aset yang anda miliki sekarang?

2. Berapakah pendapatan bulanan anda?

3. Berapa peratus daripada gaji bulanan anda dicarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau sebarang dana persaraan?

4. Berapa peratuskah pulangan balik daripada pelaburan?

5. Berapa tahun yang anda ada sehingga mencapai usia persaraan untuk mengumpul wang? Selepas menganalisa aset dan tanggungan yang anda miliki sekarang, anggarkan berapa yang anda perlukan dan ubah suai berdasarkan kepada kadar inflasi sekarang. Kemudian anda perlu menetapkan usia persaraan anda – 45, 55, 60, atau 65?

Anda bolehlah mengira wang bulanan yang anda perlukan apabila persaraan nanti.

Persiapan anda untuk bersara hendaklah meliputi pengurangan hutang, peruntukan perbelanjaan, pelbagaian pelaburan dan menjaga kesihatan tubuh badan dengan makanan yang seimbang serta aktiviti riadah.

Pada usia yang tua, kesihatan amat penting. Kos perubatan merupakan perbelanjaan utama yang boleh mengikis wang persaraan anda. Walaupun anda mempunyai insurans perubatan dan hayat yang boleh melindungi sebarang penyakit kritikal dan kecacatan, namun ia tidak meliputi sebarang proses dan preskripsi yang anda perlukan. Kadangkala hanya sesetengah penyakit sahaja yang dilindungi oleh insurans. Oleh itu persiapan persaraan yang mencukupi amat perlu bagi memastikan seseorang dapat hidup dengan sejahtera.

Tempoh persaraan

1.Mendaftar dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada hari pertama anda bekerja. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh faktor inflasi, wang simpanan dalam KWSP mungkin tidak mencukupi untuk keperluan persaraan nanti. Wujudkan satu akaun simpanan persaraan di bank dan mulai menabung 10 peratus daripada gaji bulanan.

2. Apabila usia anda semakin meningkat, tambah wang simpanan anda dalam tabung mempunyai tabungan yang simpanan persaraan sebanyak beberapa mencukupi semasa bekerja atau peratus daripada gaji bulanan setiap tahun. terlalu konservatif dengan pelaburan Misalnya, sekiranya anda bekerja dalam anda. Apabila melabur dengan terlalu usia 25 tahun dengan simpanan sebanyak berhati-hati, anda mengalami risiko 10 peratus dan anda menentukan untuk kekurangan duit apabila bersara nanti. meningkatkan duit simpanan sebanyak satu peratus setiap tahun, pada usia 26 tahun, anda dapat menyimpan sebanyak 11 Risiko tersebut disebabkan oleh peratus daripada gaji dan pada usia 35 perubahan atau kenaikan harga tahun, anda boleh menyimpan sehingga dalam tempoh tertentu sehingga 20 peratus daripada pendapatan anda.

3. Peruntukan setiap kenaikan gaji bulanan atau Anda perlu merancang untuk menghadapi bonus tahunan ke dalam simpanan untuk “kerugian bukan pasaran”, yang persaraan. Pastikan anda memperuntukkan sejumlah wang dalam perbelanjaan bulanan untuk simpanan untuk persaraan nanti.

4. Di samping menyimpan wang untuk Perhatikan usia setiap orang yang persaraan, buat penilaian terhadap meninggal dunia pada tempoh yang pelaburan anda setiap tahun untuk sewajarnya, tambahkan jumlah memastikan bahawa wang anda sedang keseluruhan dan bahagikan dengan jumlah berkembang mengikut pelan persaraan orang. Dengan itu anda dapat mengira kelak. jangka hayat kehidupan.

Tip-tip untuk bersara :

1.      1. Mulai daripada awal

Lebih awal anda menyimpan duit, lebih banyak masa wang anda akan berkembang. Tetapkan masa yang diperlukan. Jadikan wang simpanan untuk persaraan sebagai keutamaan. Buat perancangan dan ikuti perancangan tersebut serta tetapkan matlamat untuk diri anda sendiri.  Elak daripada mempunyai risiko yang tinggi terhadap wang persaraan.

2.Beberapa jenis risiko yang biasa terjadi terhadap wang persaraan ialah:

a) Defisit. Defisit boleh terjadi akibat tidak mempunyai tabungan yang mencukupi semasa bekerja atau terlalu konservatif dengan pelaburan anda. Apabila melabur dengan terlalu berhati-hati, anda mengalami risiko kekurangan duit apabila bersara nanti.

b) Risiko kehilangan pokok pelaburan.
Risiko tersebut disebabkan oleh perubahan atau kenaikan harga dalam tempoh tertentu.

3. Rancang untuk keperluan jangka panjang
Anda perlu merancang untuk menghadapi“kerugian bukan pasaran”, yang disebabkan oleh faktor seperti penjagaan kesihatan dan penjagaan jangka panjang.

4. Jangkaan hayat anda
Perhatikan usia setiap orang yang meninggal dunia pada tempoh yang sewajarnya, tambahkan jumlah keseluruhan dan bahagikan dengan jumlah orang. Dengan itu anda dapat mengira jangka hayat kehidupan.
Pastikan keperluan anda akan meliputi walaupun sekiranya usia anda lebih panjang daripada apa yang anda jangkakan, berdasarkan jadual jangka hayat dan faktor kesihatan anda sendiri.

5. Belanjawan dalam persaraan nanti.
Sesetengah perbelanjaan semasa persaraan mungkin lebih kurang daripada perbelanjaan sekarang. Cukai-cukai yang perlu dibayar seharusnya telah berkurangan. Pada umumnya, pinjaman dan gadai janji telah dilangsaikan supaya bayaran pinjaman rumah berkurangan.
Perbelanjaan berkaitan pekerjaan seperti pengangkutan, pakaian dan sebagainya juga telah berkurangan.
Bayaran bil utiliti, makanan, hadiah, sumbangan, kereta dan insurans harta benda akan meningkat selaras dengan sebarang kenaikan yang berlaku. Perbelanjaan kesihatan dan insurans kesihatan akan meningkat. Kos untuk membuat perjalanan, bercuti dan berhibut akan meningkat kerana masa lapang yang banyak apabila bersara.

6. Meminjamkan wang
Jangan mudah meminjamkan wang kepada rakan dan keluarga. Katakan bahawa penasihat kewangan anda tidak membenarkan anda meminjamkan wang.

7. Anggarkan berapa banyak wang yang boleh anda keluarkan
Tetapkan kadar pengeluaran tahunan wang. Ini merupakan perkara penting dalam perancangan kewangan persaraan. Berhati-hati agar tidak mengeluarkan jumlah peratusan yang sama dengan anggaran pulangan pelaburan.

8. Rancang kesan cukai dan inflasi
Inflasi boleh mengurangkan nilai pelaburan anda kerana cukai yang dikenakan terhadap pulangan pelaburan. Secara purata inflasi pada kadar 3 peratus setahun sejak beberapa dekad. Ini mungkin tidak terlalu banyak, namun cuba bayangkan jika nilai RM100,000 pada hari ini hanya bernilai RM74,000 dalam tempoh 10 tahun pada kadar inflasi 3 peratus setahun.
Dapatkan khidmat penasihat kewangan profesional atau perunding percukaian bagi mendapatkan nasihat yang khusus tentang kedudukan anda.

9. Cuba halang sebarang percubaan untuk menggugat akaun persaraan anda Menurut perancang kewangan, dua daripada perkara buruk yang berlaku kepada perancangan persaraan adalah akses internet selama 24 jam kepada akaun dan harga harian.

10. Nilai pendapatan bulanan persaraan secara realistik.
Punca pendapatan semasa persaraan adalah pencen, simpanan KWSP, faedah simpanan tetap, dividen daripada saham syarikat (atau unit amanah) dan jumlah wang yang diterima daripada polisi insurans yang telah matang.

11. Peraturan pertama tentang simpanan ialah membayar untuk diri anda sendiri.
Oleh itu apabila anda menerima gaji setiap bulan, masukkan sebahagian wang dalam tabung persaraan anda, sebelum wang tersebut digunakan untuk perbelanjaanyang lain.

12. Wujudkan tabung kecemasan yang tersedia wang di dalamnya, sekiranya anda memerlukan wang dengan segera. Ini bagi mengelak daripada anda mengambil wang daripada dana persaraan apabila berlaku keperluan yang mendesak.

13. Fikirkan untuk berpindah ke rumah yang lebih kecil dan lebih rendah harganya, kerana anda tidak memerlukan ruangan yang besar kerana anak-anak anda telah tidak tinggal bersama. Wang lebihan penjualan rumah lama dengan pembelian rumah yang baru ini boleh digunakan untuk keperluan yang lain.

14. Sekiranya anda bercadang untuk bekerja selepas bersara, cuba buat hubungan dan mencari peluang ketika masih bekerja.

Sumber : www.kkk.org.my

30 Mei 2010

Tip Hari Ini – Gunakan kuasa sebagai pengguna teksi



Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) telah mengadakan Kempen Kesedaran Hak-Hak Pengguna Pengangkutan Awam pada 18 Januari 2010. Langkah ini amat wajar sekali dilaku memandangkan pengguna pengangkutan awam sering mengadu bahawa perkhidmatan yang diberikan amat tidak memuaskan.

Kerajaan sendiri mengakui bahawa mereka sering menerima aduan daripada pengguna tentang kesalahan yang dilakukan oleh pengusaha pengangkutan awam, khususnya teksi, seperti tidak menggunakan meter, tidak memberikan resit, mengubah suai meter dan berkelakuan membahayakan ketika memandu, iaitu merokok, memandu melebihi had laju dan menggunakan telefon bimbit.

           Masalah yang dihadapi oleh pengguna terhadap perkhidmatan teksi ini telah lama berlaku, dan disedari oleh kerajaan sendiri. Namun tiada langkah proaktif yang diambil, sehingga pengguna secara berterusan `dipermainkan’ oleh pemandu teksi ini.

Pengguna perlu menggunakan kuasanya mereka untuk tidak menggunakan perkhidmatan pemandu teksi yang enggan menggunakan meter. Begitu juga mereka perlu membuat aduan kepada LPKP sekiranya ada pemandu teksi yang didapati melakukan kesalahan.

Namun jika hanya mengharapkan pengguna sahaja membuat aduan, tanpa adanya penguatkuasa yang tegas dilakukan, tidak bermakna juga. Tindakan pemantauan secara berkala dan rambang perlu dilakukan dari semasa ke semasa. Selagi masalah ini berlaku, maka selagi itulah penguatkuasa tidak boleh berhenti daripada membuat pemantauan.

Mulai 1 Januari 2010, semua teksi dikehendaki mengeluarkan resit kepada penumpang. Jika ada yang gagal berbuat sedemikian, gunakan kuasa sebagai pengguna, iaitu membuat aduan kepada LPKP, dan buat salinan kepada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) agar pemantauan dibuat terhadap aduan yang dibuat oleh pengguna.

Sumber : Konsumer kini 

29 Mei 2010

"Trade in" Kereta ? AWAS ! ! !

Boleh dikatakan hampir setiap Hari Pusat Khidmat Aduan Pengguna Malaysia (NCCC) menerima aduan tentang masalah `trade in’ kereta ataupun masalah selepas menjual kereta kepada pihak ketiga.
Masalah ini berlaku apabila proses penukaran nama tidak dilakukan oleh pihak yang menguruskan `trade ini’ itu. Pihak tersebut memberikan jaminan bahawa mereka akan menguruskan semua urusan pindah nama Dan baki pinjaman bank. Kebanyakan pengguna terpedaya dengan jaminan kerana tidak sabar untuk mendapatkan kereta baru daripada kedai berkenaan.
Ramai pengguna tidak sedar tentang risiko yang bakal mereka hadapi sekiranya masalah ini berlaku.  Berdasarkan Akta Sewa Beli 1967, seseorang itu dianggap sebagai penyewa apabila membeli secara sewa beli, Dan bukannya sebagai pemilik.

Bank atau institusi kewangan berstatus pemilik sehingga pinjaman sewa beli berkenaan selesai dilunaskan. Sehingga tempoh tersebut,  penyewa sebenarnya menanggung segala liabiliti terhadap kereta berkenaan.

Berdasarkan peraturan, proses pindah milik tidak boleh dilakukan sekiranya baki pinjaman bank belum dilangsaikan. Tetapi pada realitinya, seseorang menjual ataupun `trade in’ kereta atas sikap kepercayaan Dan langsung tidak mengambil berat terhadap prosedur yang perlu dilakukan selepas proses tersebut.

Hampir sebahagian besar pengadu mendakwa mereka tidak mempunyai sebarang maklumat tentang pembeli yang baru ataupun kedai kereta serta tidak mempunyai sebarang dokumen yang jelas menunjukkan urusan jual beli atau `trade ini’ telah dilakukan. Isu ini merupakan sesuatu yang serius kerana risiko undang-undang Dan tanggungan hutang ataupun tindakan bank yang bakal dihadapi oleh pengguna dalam masa yang terdekat.

Oleh itu pengguna tidak sewajarnya mengambil mudah terhadap perkara ini. Merela perlu memastikan semua urusan dibuat secara bertulis Dan penyelesaian baki pinjaman serta penukaran nama dilakukan serta-merta. Sekiranya hal ini gagal tidak dilakukan, akhirnya pengguna terpaksa membayar pinjaman yang tertunggak beberapa bulan serta perlu menjelaskan baki pinjaman tanpa dapat mengunakan kereta berkenaan.

Apa yang lebih membimbangkan ialah saman ataupun kesalahan yang dilakukan dengan menggunakan kereta tersebut juga perlu ditanggung  kerana nama pemilik masih belum ditukar. Walaupun orang yang dijual kereta itu adalah rakan atau saudara, namun undang-undang tidak melibatkan mereka.
Sumber : www.konsumerkini.net.my

Tip Hari Ini - Tip membeli kereta terpakai

Hendak membeli kereta baru tetapi ekonomi tidak mengizinkan dan terpaksa membeli kereta terpakai ? Saya akan membicarakan tentang cara untuk membeli kereta terpakai. Berikut adalah tip-tip yang mungkin ada boleh jadikan panduan ketika membeli kereta terpakai :

1) Pemeriksaan Luaran
  • Pastikan keadaan luaran tidak berkarat dan ton warna badan kereta adalah sama di semua permukaan. Ton warna yang berbeza bermakna mungkin bahagian tersebut telah dicat semula dan ini mungkin memberi petanda bahawa kereta tersebut pernah terlibat dalam kemalangan
2) Pemeriksaan Ruang Enjin
  • Enjin tidak diubahsuai, bersih dan tiada kebocoran minyak hitam
  • Periksa sudut-sudut tersembunyi pada enjin untuk memastikan tiada lekuk atau kemik yang menandakan kereta tersebut pernah mengalami kemalangan dan tidak disedari oleh mekanik
3) Pemeriksaan Ruang Dalaman
  • Keadaan dalaman kereta dalam keadaan baik dan tiada yang berkarat atau retak
  • Pastikan kesemua peralatan seperti radio,alat hawa dingin, suis lampu dan tingkap masih boleh digunakan
  • Pastikan kesemua aksesori yang terdapat di dalam kereta tersebut adalah yang asal dan tidak digantikan dengan aksesori yang berbeza



4) Pandu Uji Kereta
  • Hidupkan suis kereta - Pastikan semua meter dan indikator berfungsi dan menyala untuk menandakan kereta tersebut dalam keadaan baik
  • Hidupkan enjin - Pastikan tidak berlaku gegaran pada enjin, tiada masalah dengan sistem kotak gear, suhu kereta stabil dan tidak cepat meningkat
  • Pandu uji kereta - Pastikan tiada bunyi yang luar biasa kedengaran dan tiada berlalu sebarang gegaran ketika kereta bergerak
5) Pemeriksaan Terakhir
  • Pastikan nombor casis dan nombor enjin sama dengan dokumen pendaftaran kereta
  • Semak dengan pihak berkuasa seperti JPJ dan Polis untuk memastikan kereta tersebut tidak mempunyai rekod kesalahan lepas serta segala butir kereta adalah betul dan tidak dipinda

SEMASA - Penarikan Bateri Komputer Riba HP Akibat Pemanasan

Hewlett-Packard Co sedang berusaha menarik balik 54,000 unit bateri lithium-ion yang digunakan pada komputer riba model Pavilion dan Compaq. Pemanasan terlampau pada bateri ini akan menyebabkan kebakaran.

Sejak penarikan balik 70,000 unit bateri pada Mei 2009, HP telah menerima 38 laporan tentang pemanasan terlampau dan pemecahan pada bateri. Akibatnya, 11 kes kecederaan ringan dan 31 kes kebakaran telah berlaku.

Penarikan balik ini melibatkan bateri yang digunakan pada model komputer riba HP Pavilion, HP Compaq dan Compaq Presario. Model computer riba ini dihasilkan pada tempoh Ogos 2007 hingga Mei 2008. HP menunjukkan bahawa kurang daripada 3 peratus produk komputer riba yang dihasilkan dalam tempoh ini dipengaruhi oleh kesan pemanasan terlampau.

Penarikan balik adalah secara sukarela. Pengguna akan menerima bateri yang dipengaruhi tanpa kos. Mereka mencadangkan bahawa pemilih model komputer riba yang terjejas ini mengeluarkan bateri daripada komputer riba.

Pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati apabila menggunaka model komputer riba seperti yang tersenarai di atas. Pengguna disaran melaporkan sebarang kecederaan kepada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional di talian 03-7877 9000.

Sumber : Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia
27 Mei 2010

28 Mei 2010

Tip Hari Ini - Hati-hati semasa membeli telefon bimbit



Telefon bimbit telah menjadi alat komunikasi yang terpenting pada masa kini, hampir setiap orang memiliki sebuah atau 2 telefon bimbit. Tetapi tahukah anda ? Bahawa baru-baru ini terdapat kes-kes ejen enggan membaiki telefon bimbit yang rosak walaupun belum tamat tempoh waranti. Oleh itu, pennguna harus berhati-hati semasa membeli telefon bimbit, terutamanya telefon yang canggih. Berikut merupakan petikan berita daripada BERNAMA. 






PETALING JAYA 2 Mei - Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mengingatkan pengguna supaya berhati-hati apabila membeli telefon bimbit canggih berikutan semakin banyak aduan diterima mengenai ejen yang enggan bertanggungjawab walaupun produk masih dalam tempoh waranti.

              Setiausaha Agungnya, Muhammad Shaani Abdullah berkata, dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, Pusat Aduan Pengguna Kebangsaan Fomca (NCCC) menerima 124 aduan daripada pelanggan yang ejen enggan membaiki telefon mereka walaupun masih dalam tempoh waranti.

            "Trend ini membimbangkan dan pengguna perlu berhati-hati apabila membeli telefon bimbit," katanya.




              Beliau berkata, keadaan itu timbul kerana syarikat pengeluar tidak peduli siapa yang menjual produk mereka - ejen dilantik atau tidak dilantik - asalkan 
mereka meningkatkan jualan.

              "Dalam keadaan sebegitu, banyak ejen yang tidak dilantik menjual set telefon bimbit dengan harga lebih murah kerana mereka tidak perlu mematuhi syarat waranti," katanya.

              Muhammad Shaani menggesa syarikat pengeluar telefon bimbit supaya lebih beretika dan hanya berurusan dengan ejen yang dilantik syarikat bagi menjaga kepentingan pengguna.

            Pengguna juga sepatutnya hanya berurusan dengan ejen yang dilantik syarikat sahaja. - BERNAMA

27 Mei 2010

Tip Hari Ini - Keselamatan alat permainan kanak-kanak


Pada tahun 2007 sahaja, sebanyak 45 juta produk dan alat permainan kanakkanak telah ditarik semula daripada pasaran di Amerika. Pada tahun 2008 pula, kira-kira 22 juta produk kanakkanak di pasaranAmerika Syarikat dan Kanada telah ditarik semula setelah produk tersebut telah menyebabkan 168 kecederaan dan 10 kematian.

Kebanyakan kes kecederaan dan kematian ini berlaku kerana standard keselamatan alat permainan kanakkanak tidak dipatuhi. Pengguna pula terlalu ghairah untuk memuaskan kehendak anak-anak mereka dan tidak mementingkan ciri-ciri keselamatan terhadap alat-alat permainan tersebut. Maka, sebagai pengguna permainan yang berhemat, kita harus menyedari tentang bahaya yang terdapat pada sesetengah alat permainan kanakkanak serta mengawasi alat permainan yang diberikan kepada anak-anak kita.

Malangnya di Malaysia tidak terdapat sebarang peraturan yang mengawal ciri-ciri keselamatan pada alat permainan dan peralatan kanak-kanak. Oleh itu, perlindungan kendiri adalah perlindungan terbaik.

Petua mengelakkan pembelian alat permainan berbahaya :
  • Terdapat tujuh jenis bahaya yang boleh didapati daripada alat permainan, iaitu bahagian hujung yang tajam, bahagianbahagian kecil, bunyi bising, bucu tajam, bahaya objek bergerak, bahaya alat permainan elektrik dan alat permainan yang tidak sesuai dengan peringkat umur. Berikut adalah petua untuk mengelakkan kemalangan berlaku di rumah.



Alat Permainan

1. Bahaya tercekik (choking):




  • Elakkan daripada membeli alat permainan kanak-kanak yang mempunyai bahagian-bahagian yang kecil. Bahagian seperti hidung dan mata pada anak patung adalah lebih baik dijahit daripada digam. Baca dan fahami label pada bungkusan.
  • Jangan sekali-kali memberi kanakkanak, yang berumur kurang daripada enam tahun, permainan seperti bola atau belon kecil.
  • Pastikan diameter bola untuk kanak-kanak tersebut adalah lebih daripada 4.5cm.
  • Jangan memberikan belon yang dibuat daripada lateks. Belon diperbuat daripada mylar adalah lebih selamat.
  • Sekiranya alat permainan tersebut mempunyai bateri, pastikan ia tidak mudah dikeluarkan kerana kanak-kanak boleh menelan dan tercekik dengan bateri tersebut.



2. Alat permainan kanak-kanak bermagnet :

  • Magnet-magnet yang longgar pada alat permainan mempunyai potensi untuk ditelan oleh kanak-kanak. Kanak-kanak yang tertelan magnet akan menghadapi bahaya tercekik dan kecederaan pada salur penghadaman.
  • Jauhkan alat permainan yang mempunyai magnet daripada kanak-kanak di bawah enam tahun.


3. Bunyi

  • Telinga kanak-kanak sangat sensitif kepada bunyi. Jika alat-alat tersebut terlalu bising kepada anda, maka ia juga tidak sesuai untuk anak-anak anda.
  • Tanggalkan / keluarkan bateri atau tutup ‘speaker’ alat permainan tersebut dengan pita pelekat yang selamat.


4. Bahaya mencekik (strangulation):

  • Jangan memberikan sebarang alat permainan yang mempunyai tali lebih daripada 30cm kepada kanakkanak berumur di bawah setahun.


5. Bahan kimia toksik:

  • Beberapa alat permainan atau bahan kosmetik untuk kanakkanak mengandungi bahan kimia bertoksik.
  • Jangan membeli alat permainan yang diperbuat daripada plastic PVC (Poly Vinyl Chloride).  
  • Pilih alat permainan yang dibuat daripada kayu dan kain yang tidak berwarna.
  • Baca label dan elakkan daripada membeli alat-alat kosmetik mainan jika ia mengandungi xylene, toulene ataudibutyl phthalate.


6. Alat permainan yang boleh ditunggang.

  • Alat permainan yang boleh ditunggang seperti skuter atau basikal kecil boleh menjadi sesuatu yang berbahaya. Pastikan anak anda memakai helmet keselamatan.
  • Pastikan permainan tunggangan tersebut dalam keadaan stabil ketika anak anda menaikinya.
  • Pastikan anak-anak anda bermain jauh daripada kawasan berbahaya seperti kolam, tangga dan trafik.
  • Anda hendaklah sedar bahawa basikal yang ditunggangi oleh anak anda boleh bergerak dengan laju dan mempunyai risiko yang tinggi untuk melanggar perkakasan dalam rumah seperti lampu perhiasan dan perabot. Cuba ketepikan perkakasan seperti ini dahulu sebelum membenarkan anak-anak anda bermain.
  • Penggunaan dan penjagaan alat permainan yang betul.
  • Sentiasa menyelia anak anda yang sedang bermain.
  • Setelah mengeluarkan alat permainan daripada kotak pembungkusan. Buangkan kotak tersebut sebelum ia juga menjadi alat permainan yang berbahaya.
  • Sentiasa periksa alat permainan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat bahagian yang rosak, patah atau putus. Baiki alat permainan ini atau membuangnya serta-merta.
  • Semak juga alat permainan supaya tidak berkarat atau terhakis.
  • Berwaspada dengan alat permainan yang perlu dicas dan pastikan ia dicas di bawah penyeliaan orang dewasa.
  • Ajar anak-anak anda untuk menyimpan alat permainan dengan selamat supaya ia tidak rosak atau tidak terpijak atau menyebabkan orang lain jatuh.
  • Kotak untuk menyimpan alat permainan hendaklah mempunyai pembuka yang ringan dan mudah serta mempunyai lubang udara di dalamnya untuk keselamatan.
  • Asingkan alat permainan kanakkanak yang lebih tua dengan kanak-kanak yang lebih muda.
  • Rak permainan boleh digunakan untuk menyimpan alat permainan.
  • Pastikan ia kuat dan tidak mudah jatuh menghempap anak-anak sekiranya mereka memanjat di atas rak untuk mengambil permainan tersebut.


Sekiranya anda mendapati alat permainan yang dibeli adalah berbahaya, sila hubungi :

Pertanyaan / aduan tentang alat permainan kanak-kanak
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)
Laman web : www.nccc.org.my
Persatuan Pengguna-Pengguna
Standard Malaysia (Standards Users)
Laman web : www.standardsusers.org

26 Mei 2010

Hapuskan subsidi secara sistematik - FOMCA

Takutkan kenaikan harga gula ?
Kurangkan pengambilannya !




PETALING JAYA 26 Mei - Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menggesa kerajaan menghapuskan pelbagai bentuk subsidi secara sistematik memandangkan ia “pembaziran” besar dan tidak memanfaat kumpulan sasaran.

            Setiausaha Agungnya, Muhammad Shaani Abdullah berkata, wang yang dijimatkan dari subsidi ini boleh disalurkan kepada projek lebih bermanfaat bagi faedah rakyat.
Beliau menyentuh isu gula sebagai contoh.

"Subsidinya ialah RM3 sebulan berasaskan penggunaan purata tiga kg sebulan bagi setiap keluarga. Dengan enam juta keluarga dalam negara, ini menjadikan jumlah RM18 juta sebulan atau RM216 juta setahun, tetapi subsidi itu kini naik melambung ke RM1 bilion setahun.
"Selebihnya adalah pembaziran dalam erti ia disalurkan kepada pekilang besar dan warga asing.
"Pembaziran serupa dikesan pada produk makanan lain dan subsidi minyak,” kata beliau.

         Selain menghapuskan subsidi, katanya, kerajaan hendaklah juga menentukan dana pembangunan digunakan dengan betul dan berkesan.
Cuepacs, bagaimanapun, meminta kerajaan agar berhati-hati bila menghapus subsidi oleh kerana ini menjejas kakitangan awam berpendapatan rendah.

        Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin berkata kerajaan perlu menentukan golongan miskin tidak terbeban akibat harga yang tinggi, terutama bahan-bahan keperluan utama. - Bernama

Tip Hari Ini - Gurangkan gula

Baru-baru ini, berlakunya masalah kekurangan gula dalam negara kita, terdapatnya pengguna dan peniaga-peniaga yang menyorok gula untuk menjualnya pada harga yang tinggi kerana terdapatnya khabar angin yang kononnya mengatakan bahawa subsidi gula akan dihapus ?

Tetapi, pernahkah anda terfikir jika benar ini berlaku ? Adakahnya sesuatu yang baik ? Sebelum anda menilainya, saya akan berkongsi dengan anda tentang gula dan cara untuk mengurangkan pengambilannya. 




Fakta Gula
1.      APAKAH GULA?

o    Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh.

o    Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan, dalam bentuk fruktosa, dan susu, dalam bentuk laktosa.

o    Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa pemprosesan yang dikenali sebagai gula tambahan atau free sugar.


2.     APAKAH SARANAN PENGAMBILAN GULA TAMBAHAN?
WHO (2003) menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi orang dewasa, purata pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g).

3.     APAKAH CORAK PENGAMBILAN GULA DI MALAYSIA? 
o    Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, pengambilan gula yang ditambah dalam minuman di kalangan orang dewasa ialah sebanyak 7 sudu teh sehari (51g) iaitu 4 sudu teh (21g) gula pasir dan 3 sudu teh (30g) susu pekat manis.

o    Berdasarkan jumlah penduduk seramai 28.31 juta pada tahun 2009 dan pengedaran gula domestik sebanyak 806,381.88 metrik tan, pengambilan gula per kapita sehari pada tahun 2009 adalah 78 gram atau 16 sudu teh sehari atau 16% daripada keperluan tenaga sehari bagi orang dewasa. Jika dicampurkan gula domestik dan gula industri iaitu 1,281,183.04 metrik tan pada tahun 2009, pengambilan gula per kapita sehari adalah 124 gram atau 25 sudu teh sehari atau 25% daripada keperluan tenaga sehari bagi orang dewasa.


4.     APAKAH KESAN PENGAMBILAN GULA SECARA BERLEBIHAN?
o    Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan.

o    Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangkamasa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan.

o    Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey, NHMS) III, 2006 mendapati 29.1% orang dewasa di Malaysia berlebihan berat badan 14.0% pula obes. Ini telah menunjukkan peningkatan berbanding NHMS II, 1996 iaitu masing-masing 16.0% (berlebihan berat badan) dan 4.0% (obes).

o    Prevalens pesakit diabetes dalam kalangan penduduk yang berumur lebih daripada 30 tahun juga telah meningkat daripada 6.3% pada tahun 1996 (NHMS II) kepada 14.9% pada tahun 2006 (NHMS III).

o    Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan karies gigi (dental caries). Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9 % dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997).


5.     TIPS MENGURANGKAN GULA

a.                Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat atau air sirap dan kordial.

b.                Pilih atau sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.

c.                 Gantikan manisan seperti kuih dan kek dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.

d.                Kurangkan kekerapan mengambil makanan yang bergula.

e.                 Elakkan mengambil makanan yang bergula di antara waktu makan utama dan sebelum tidur.

f.                  Semak kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan. Sekiranya gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkan gula merupakan komponen utama makanan tersebut.

g.                Hadkan pengambilan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.

h.                Minta untuk kurangkan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis semasa memesan minuman.

i.                   Periksa kandungan gula dalam label minuman.

j.                   Elak mengambil minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur




7 Langkah Bijak Mengurangkan Gula
1.      Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.

2.     Hadkan penggunaan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.

3.     Elak atau hadkan penggunaan gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.

4.     Elakkan mengambil snek dan minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.

5.     Gantikan pencuci mulut  seperti kuih, kek dan bubur dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.

6.     Baca label dan elakkan produk makanan dan minuman  di mana   gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan. 

7.     Pilih produk makanan dan minuman yang dilabel "rendah gula" dan "bebas gula”.