27 Mei 2010

Tip Hari Ini - Keselamatan alat permainan kanak-kanak


Pada tahun 2007 sahaja, sebanyak 45 juta produk dan alat permainan kanakkanak telah ditarik semula daripada pasaran di Amerika. Pada tahun 2008 pula, kira-kira 22 juta produk kanakkanak di pasaranAmerika Syarikat dan Kanada telah ditarik semula setelah produk tersebut telah menyebabkan 168 kecederaan dan 10 kematian.

Kebanyakan kes kecederaan dan kematian ini berlaku kerana standard keselamatan alat permainan kanakkanak tidak dipatuhi. Pengguna pula terlalu ghairah untuk memuaskan kehendak anak-anak mereka dan tidak mementingkan ciri-ciri keselamatan terhadap alat-alat permainan tersebut. Maka, sebagai pengguna permainan yang berhemat, kita harus menyedari tentang bahaya yang terdapat pada sesetengah alat permainan kanakkanak serta mengawasi alat permainan yang diberikan kepada anak-anak kita.

Malangnya di Malaysia tidak terdapat sebarang peraturan yang mengawal ciri-ciri keselamatan pada alat permainan dan peralatan kanak-kanak. Oleh itu, perlindungan kendiri adalah perlindungan terbaik.

Petua mengelakkan pembelian alat permainan berbahaya :
  • Terdapat tujuh jenis bahaya yang boleh didapati daripada alat permainan, iaitu bahagian hujung yang tajam, bahagianbahagian kecil, bunyi bising, bucu tajam, bahaya objek bergerak, bahaya alat permainan elektrik dan alat permainan yang tidak sesuai dengan peringkat umur. Berikut adalah petua untuk mengelakkan kemalangan berlaku di rumah.



Alat Permainan

1. Bahaya tercekik (choking):




  • Elakkan daripada membeli alat permainan kanak-kanak yang mempunyai bahagian-bahagian yang kecil. Bahagian seperti hidung dan mata pada anak patung adalah lebih baik dijahit daripada digam. Baca dan fahami label pada bungkusan.
  • Jangan sekali-kali memberi kanakkanak, yang berumur kurang daripada enam tahun, permainan seperti bola atau belon kecil.
  • Pastikan diameter bola untuk kanak-kanak tersebut adalah lebih daripada 4.5cm.
  • Jangan memberikan belon yang dibuat daripada lateks. Belon diperbuat daripada mylar adalah lebih selamat.
  • Sekiranya alat permainan tersebut mempunyai bateri, pastikan ia tidak mudah dikeluarkan kerana kanak-kanak boleh menelan dan tercekik dengan bateri tersebut.



2. Alat permainan kanak-kanak bermagnet :

  • Magnet-magnet yang longgar pada alat permainan mempunyai potensi untuk ditelan oleh kanak-kanak. Kanak-kanak yang tertelan magnet akan menghadapi bahaya tercekik dan kecederaan pada salur penghadaman.
  • Jauhkan alat permainan yang mempunyai magnet daripada kanak-kanak di bawah enam tahun.


3. Bunyi

  • Telinga kanak-kanak sangat sensitif kepada bunyi. Jika alat-alat tersebut terlalu bising kepada anda, maka ia juga tidak sesuai untuk anak-anak anda.
  • Tanggalkan / keluarkan bateri atau tutup ‘speaker’ alat permainan tersebut dengan pita pelekat yang selamat.


4. Bahaya mencekik (strangulation):

  • Jangan memberikan sebarang alat permainan yang mempunyai tali lebih daripada 30cm kepada kanakkanak berumur di bawah setahun.


5. Bahan kimia toksik:

  • Beberapa alat permainan atau bahan kosmetik untuk kanakkanak mengandungi bahan kimia bertoksik.
  • Jangan membeli alat permainan yang diperbuat daripada plastic PVC (Poly Vinyl Chloride).  
  • Pilih alat permainan yang dibuat daripada kayu dan kain yang tidak berwarna.
  • Baca label dan elakkan daripada membeli alat-alat kosmetik mainan jika ia mengandungi xylene, toulene ataudibutyl phthalate.


6. Alat permainan yang boleh ditunggang.

  • Alat permainan yang boleh ditunggang seperti skuter atau basikal kecil boleh menjadi sesuatu yang berbahaya. Pastikan anak anda memakai helmet keselamatan.
  • Pastikan permainan tunggangan tersebut dalam keadaan stabil ketika anak anda menaikinya.
  • Pastikan anak-anak anda bermain jauh daripada kawasan berbahaya seperti kolam, tangga dan trafik.
  • Anda hendaklah sedar bahawa basikal yang ditunggangi oleh anak anda boleh bergerak dengan laju dan mempunyai risiko yang tinggi untuk melanggar perkakasan dalam rumah seperti lampu perhiasan dan perabot. Cuba ketepikan perkakasan seperti ini dahulu sebelum membenarkan anak-anak anda bermain.
  • Penggunaan dan penjagaan alat permainan yang betul.
  • Sentiasa menyelia anak anda yang sedang bermain.
  • Setelah mengeluarkan alat permainan daripada kotak pembungkusan. Buangkan kotak tersebut sebelum ia juga menjadi alat permainan yang berbahaya.
  • Sentiasa periksa alat permainan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat bahagian yang rosak, patah atau putus. Baiki alat permainan ini atau membuangnya serta-merta.
  • Semak juga alat permainan supaya tidak berkarat atau terhakis.
  • Berwaspada dengan alat permainan yang perlu dicas dan pastikan ia dicas di bawah penyeliaan orang dewasa.
  • Ajar anak-anak anda untuk menyimpan alat permainan dengan selamat supaya ia tidak rosak atau tidak terpijak atau menyebabkan orang lain jatuh.
  • Kotak untuk menyimpan alat permainan hendaklah mempunyai pembuka yang ringan dan mudah serta mempunyai lubang udara di dalamnya untuk keselamatan.
  • Asingkan alat permainan kanakkanak yang lebih tua dengan kanak-kanak yang lebih muda.
  • Rak permainan boleh digunakan untuk menyimpan alat permainan.
  • Pastikan ia kuat dan tidak mudah jatuh menghempap anak-anak sekiranya mereka memanjat di atas rak untuk mengambil permainan tersebut.


Sekiranya anda mendapati alat permainan yang dibeli adalah berbahaya, sila hubungi :

Pertanyaan / aduan tentang alat permainan kanak-kanak
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)
Laman web : www.nccc.org.my
Persatuan Pengguna-Pengguna
Standard Malaysia (Standards Users)
Laman web : www.standardsusers.org

0 komen:

Catat Ulasan